Showing posts with label Hari Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Hari Keluarga. Show all posts

Wednesday, September 05, 2012

Hari Keluarga 2012 – Port Dickson: Santai di Kolam Tidak Di Pantai

IMG_1166

Tarikh: 30 Ogos – 2 September 2012

Lokasi: Tiara Beach Resort, No 1 PD Tiara, Batu 13 Jalan Pantai, Pasir Panjang, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

Coordinates: N2 25.936 E101 53.953

Kalau tahun lalu aku meraikan hari kemerdekaan dan hari keluarga di Melaka, maka pada tahun ini Negeri Sembilan dipilih sebagai lokasi untuk mengadakan Hari Keluarga(HK) bahkan jatuh pada hari merdeka juga. Masih mengekalkan tema ‘Taman Air’. Tiara Beach Resort(TBR) dipilih sebagai lokasi kerana di dalamnya terdapat kolam air yang sesuai untuk mengadakan HK kerana boleh mewujudkan suasana ‘privacy’ kepada kami.  Pelbagai aktiviti untuk memeriahkan suasana di atur seperti telematch, bola sepak pantai, BBQ, cabutan bertuah dan lain-lain lagi. Aku membawa kesemua ahli keluargaku(7 orang) untuk ke sini, namun anakku Shauqi tidak dapat hadir saat akhir kerana perlu menyiapkan assignmentnya. Mungkin tuah menyebelahi aku kerana aku berjaya mendapat tempat kedua dan memenangi hamper dalam acara bowling buah kelapa. Kali ini makanan yang disediakan memang cukup memuaskan hati , puas dan sedap. Namun aku tidak berupaya menikmati makan dengan sepuasnya kerana mengalami masalah sakit perut sejak awal perjalanan dan aku ‘flat’ sejurus tiba ke bilik dek keletihan dan kehilangan air. Alhamdulillah dengan asbab ubat yang dibekalkan aku dapat bertahan sehingga pada setiap R&R.

Tiara Beach Resort(TBR) seluas 23 ekar di katakan memiliki pantai buatan manusia yang terbesar di Malaysia. TBR yang berkonsepkan taman tema air, mewujudkan suasana pusat peranginan seolah-olah di tepi laut yang mempesonakan. Ia menyediakan pelbagai kemudahan yang boleh memberi keselesaan kepada pengunjung. Kemudahan penginapan pangsapuri yang amat sesuai untuk keluarga bercuti. Satu ketika dahulu ia banyak memenangi anugerah dan berjaya mencipta nama dalam The Malaysia Book of Records dan dikunjungi oleh pelbagai VIP & VVIP . Namun… sejujurnya resort ini kini nampak semakin pudar dan hambar. Bilik-bilik walaupun luas tetapi beberapa kemudahan seperti air panas dan shower menghadapi masalah, kawasan tidak terjaga dan kelihatan usang, rumput-rumput liar terbiar. Ia secara tidak langsung akan terus memberi imej negatif kepada resort ini.

IMG_1006

Dalam Taman tema airnya

IMG_1013

Beberapa kali memenangi anugerah dari The Malaysia Book Of Records: -

Largest Tooth Brushing Event (11636 participants) – Nov 2011
  The Largest Candles Word Formation (14,300 candles) – Mei 2011
  Most Number of Apples Used In SPA Theraphy (20,000 apples) - 2007

Dianugerah oleh Malaysian Digest  Travellers  sebagai ‘Most Preferred Family Resort 2006/2007’

IMG_1020

Senarai harga masuk ke Taman Tema Air

IMG_1026

Acara sukaneka kanak-kanak

IMG_1035

Acara sekaneka wanita

IMG_1043

DSC_0295

Acara tarik tali

IMG_2028

Team bola sepak pantai

DSC_0537

Acara Bowling Kelapa – tempat ke 2

IMG_1138 

Wow – BBQ. Kambing menjadi menu utama sepanjang HK

IMG_1144

Hamper Menang hadiah ke 2

IMG_1216

Cabutan bertuah: Alhamdulillah - Seterika Wap Panasonic

IMG_1164

Alamak… kawasannya kurang perhatian/tidak terjaga

IMG_1167

Di Pantai Telok Kemang

Thursday, September 22, 2011

Hari Keluarga Pada Hari Malaysia - Hari Merdeka

_MG_7052

Tarikh: 15 – 17 September 2011

Lokasi: Melaka

Tahun ini sambutan Hari Merdeka di buat beserta dengan Hari Malaysia kerana pertembungan dengan Hari Raya Puasa pada 31/08/2011 lalu. Cuti yang panjang menyebabkan ramai  memilih untuk membuat  pelbagai  aktiviti dan acara. Maka terpaksalah aku  ‘melepaskan’  beberapa event basikal yang bertembung pada tarikh yang sama. Ini  kerana komitmen aku dalam melaksanakan aktiviti Hari Keluarga(HK) Jabatan.

HK adalah kemuncak kepada Kelab Kebajikan pejabatku. Tema pulau, pantai, tanah tinggi, Thailand telahpun dilaksanakan. Maka tahun ini tema Taman Air dipilih dengan Melaka sebagai lokasinya dan A-Farmosa menjadi teras ‘acara’ Hari Keluarga.

Hampir sedekad aku tidak ke sini. Tidaklah banyak sangat perubahan yang ketara, cuma beberapa perubahan lanskap di sekitar Bandar Melaka. Dapatlah berbangga dengan Melaka yang  diiktiraf oleh UNESCO  sebagai Bandaraya Warisan Dunia (World Heritage City) pada 7 Julai 2008. Zon utama Bandaraya Warisan Dunia ini terdiri daripada 2 kawasan. Pertama kawasan Bukit St. Paul (St. Paul’s Hill Civic Zone) yang terdiri daripada beberapa bangunan kerajaan, Muzium, Gereja dan Dataran Bandar serta Tugu A’ Famosa yang dibina dalam kurun ke-16 semasa dalam pemerintahan Portugis dan Belanda (penjajah!).

Melaka juga telah diiktiraf sebagai ‘Negeri Maju’ pada 20.10.2010 jam 20:10

IMG_3717

Keluargaku di Golfer Terrace sebelum menikmati makan malam di sana

IMG_3593

Muzium Samudera (replika Kapal Flor de La Mar) – bayaran masuk RM3.00/kanak-kanak RM1.00

_MG_6648

Mandi–mandi dan main-main air di A-Farmosa

_MG_6986

Santai di Cowboy Town

_MG_6938

Pertunjukkan yang ‘hambar ‘ di Cowboy Town

IMG_3637

Sebahagian dari menu awal – Biasanya menu yang mewah lagi best pasti tersedia pada Hari Keluarga

Sunday, March 20, 2011

Jamboree Telok Batik: Ukhwah Keluarga Sambil Beriadah

Tarikh: 12 – 14 Mac 2011

Lokasi: Lumut dan Pantai Telok Batik

Bersempena dengan Jamboree Telok Batik, Team Gerek Baru telah merancang untuk bercuti bersama keluarga di pantai Telok Batik, Lumut, Perak serta melawat beberapa tempat menarik di sana.

Hampir 50 orang terdiri dari 10 keluarga dan 3 orang bujang telah menyertainya, Sehubungan dengan itu Homestay berupa sebuah rumah telah di sewa untuk tujuan tersebut. Sesungguhnya kunjungan bersama keluarga berjaya mengeratkan lagi hubungan sesama keluarga ahli dan pada masa-masa akan datang aktiviti kayuhan dan santai keluarga akan diteruskan lagi.

Anak-anak bermain di Waterfront Lumut

Pertunjukan silapmata di Night Bazar, Pantai Telok Batik

Anak-anak bermain di Marina Water Park

Kolam Ayer masin di Marina Water Park

Marina Water Park – Kadar Bayaran Masuk

 

CATEGORY

Week Day

Mon – Fri

4pm - 8pm

Week End

Sat – Sun

9am – 9pm

Weekday

School Holiday

9am – 9pm

Week End

School Holiday

9am – 9pm

Public

Holiday

9am – 9pm

Senior
3 Feet & Above

RM5.00

RM7.00

RM7.00

RM8.00

RM8.00

Junior
3 Feet & Below

RM3.00

RM4.00

RM4.00

RM5.00

RM5.00

Bersantai di pantai

Tidak ketinggalan melawat Taman Paya Bakau, Lumut, lebihkurang 3 km . Pelantar kayu dibina merentasi paya bakau, monyet berkeliaran. Usaha murni memulihara alam semulajadi.

Jambatan Gantung(±50 meter panjang) di Taman Paya Bakau, Lumut

Melepaskan dahaga

Pastinya datang ke sini, buahtangan ini mesti dibeli

Tuesday, September 28, 2010

BERAKHIRNYA PERHENTIAN DI PULAU

 IMG_6275

Tarikh: 18/09/2010 – Sabtu

Lokasi: Pulau Perhentian Kecil dan Tanah Besar Semenanjung

Hari ini hari terakhir kami di Pulau ini. Bot kami utk ke Tanah Besar ialah pada jam 11.30am. Kami habiskan masa dgn bermain-main air kat pantai.  Sesudah sarapan pagi , apalagi cari kayak la utk mengayuh di pesisiran pantai.

IMG_1897

 

Mendayung perlahan2 di tepian pantai berbatu sambil menikmati keindahan alam. Dengan kejernihan airnya dapat lihat lagi anak yu, pari malahirkan anak, ikan-ikan coral berenang2. UHHH Bestt … DAMAI sungguh MENDAMAIKAN

DSCN1824

Sesungguhnya berada di Pulau Perhentian ni memang cukup best. Rasa tenang dan damainya hidup ni. Hilang semua masalah. Rasa cam tak mau balik pon ader ni.

PULAU PERHENTIAN adalah antara destinasi terbaik dalam Malaysia yg pernah penulis lawati.

Thursday, September 23, 2010

PULAU PERHENTIAN – HARI Ke 3

Tarik: 17 September 2010, Jumaat

Lokasi: Pulau Perhentian Besar, P.Perhentian Kecil

Aktiviti: Sukanika, Sembahyang Jumaat.

Hari Jumaat, adalah kemuncak Hari Keluarga dimana seharian diadakan sukanika di pantai. Memang menarik apabila pengisian sebegini diadakan utk mengelakkan rasa kebosanan disamping dapat mengeratkan tali silaturahim dan menikmati keseronokkan melihat telatah anak-anak dan keluarga masing-masing.

Acara kanak-kanak - mencari guli

Larian membawa bola pimpong dalam sudu

Acara kaum ibu – Isi air laut dalam botol

Acara lelaki – mencari getah dalam tepung

IMG_1829

IMG_1840

Acara sebelah petangnya: Perlawan Bola Sepak Pantai

IMG_6237

Tengahari: Naik teksi ke Pulau Perhentian Kecil untuk solat Jumaat: Untuk makluman: Chalet akan menyediakan perkhidmatan percuma utk ke sana(perlu maklum dahulu kpd kaunter pendaftaran). Bayaran Teksi air ialah sebanyak RM15.00

IMG_6239

Masjid klasik dari kayu.

IMG_6240

Sejarah Pulau Perhentian: Utk Makluman Lanjut KLIK SINI SEJARAH PULAU PERHENTIAN

IMG_6241 Ada balai Polis Baru Di Pulau ini