Tarikh: 15 – 17 September 2011
Lokasi: Melaka
Tahun ini sambutan Hari Merdeka di buat beserta dengan Hari Malaysia kerana pertembungan dengan Hari Raya Puasa pada 31/08/2011 lalu. Cuti yang panjang menyebabkan ramai memilih untuk membuat pelbagai aktiviti dan acara. Maka terpaksalah aku ‘melepaskan’ beberapa event basikal yang bertembung pada tarikh yang sama. Ini kerana komitmen aku dalam melaksanakan aktiviti Hari Keluarga(HK) Jabatan.
HK adalah kemuncak kepada Kelab Kebajikan pejabatku. Tema pulau, pantai, tanah tinggi, Thailand telahpun dilaksanakan. Maka tahun ini tema Taman Air dipilih dengan Melaka sebagai lokasinya dan A-Farmosa menjadi teras ‘acara’ Hari Keluarga.
Hampir sedekad aku tidak ke sini. Tidaklah banyak sangat perubahan yang ketara, cuma beberapa perubahan lanskap di sekitar Bandar Melaka. Dapatlah berbangga dengan Melaka yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Bandaraya Warisan Dunia (World Heritage City) pada 7 Julai 2008. Zon utama Bandaraya Warisan Dunia ini terdiri daripada 2 kawasan. Pertama kawasan Bukit St. Paul (St. Paul’s Hill Civic Zone) yang terdiri daripada beberapa bangunan kerajaan, Muzium, Gereja dan Dataran Bandar serta Tugu A’ Famosa yang dibina dalam kurun ke-16 semasa dalam pemerintahan Portugis dan Belanda (penjajah!).
Melaka juga telah diiktiraf sebagai ‘Negeri Maju’ pada 20.10.2010 jam 20:10
Keluargaku di Golfer Terrace sebelum menikmati makan malam di sana
Muzium Samudera (replika Kapal Flor de La Mar) – bayaran masuk RM3.00/kanak-kanak RM1.00
Mandi–mandi dan main-main air di A-Farmosa
Santai di Cowboy Town
Pertunjukkan yang ‘hambar ‘ di Cowboy Town
Sebahagian dari menu awal – Biasanya menu yang mewah lagi best pasti tersedia pada Hari Keluarga
No comments:
Post a Comment