Tarikh : 17 – 22 Februari 2015
Lokasi : Medan – Parapat – Sibolga – Samosir – Silalahi – Brastagi
Jarak : ± 1,026 km
Kos : RM750.00 – Ground Tour
Peserta: 9 orang – Amerda, Mashitah, Nofanil, Azfa, Zakiah, Saifuddin, Khairil, Azmi dan Nasha
Kembara ku kali ini adalah bersama isteri. Kembara ala backpacker. Mungkin aku sudah biasa mengembara sebegini tetapi tidak pada isteriku. Kembara yang merentas Sumatera, dari Medan hingga Sibolga. Mengelilingi bahagian utara Pulau Samosir dan menelusuri bahagian utara pinggiran Lake Toba. Menikmati pemandangan indah bukit bukau, air terjun dan pulau. Serta mengunjungi beberapa wisata yang tersembunyi lagi unik.
16hb Februari, sebelum subuh aku bersama isteri bertolak dari Alor Setar ke Penang dengan menumpang kereta sahabatku(Saiful Azman). Jam 8.00 pagi sudah berada di Lapangan Terbang Bayan Lepas. Walaupun program kami akan bermula pada 17hb namun untuk memastikan kami dapat bersama dengan mengikuti program yang dirancangkan kami bertolak awal sehari.
Penerbangan Air Asia QZ107 berlepas dari Lapangan Bayan Lepas jam 11.20 pagi dan tiba ke Bandara Kualanamu pada jam 11:10 pagi (waktu Indonesia). Dari sana kami mengambil kereta sewa dengan bayaran IND180.000 hingga ke tempat penginapan kami di Alpha Inn (N3° 35.596' E98° 40.078'). Hotel 3 bintang tetapi kecil sangat biliknya. Sewaan sebanyak IND279.000 (RM80.30)
Dikota Medan
Day 1
Pagi besoknya kami dijemput oleh Joe (tour guide) dan dibawa ke lapangan terbang Kuala Namu untuk berjumpa dengan peserta lain dari Kuala Lumpur iaitu Khairil, Azfa, Mashitah, Norfanil, Nasha dan Amerda. Manakala Cikgu Azmi penerbangannya ditunda dan dijangka tiba pada jam 11.00 waktu Indonesia. Sementara menanti kedatangan Cikgu Azmi kami bersarapan di lapangan terbang dengan bekalan yang dibawa oleh Joe.
Hari pertama tiada aktiviti cuma perjalanan yang panjang sehingga petang ke Parapat. Menikmati makan tengahari yang lewat di RM Bundo Minang pada jam 7.45 petang dan sempat bersolat di masjid Raya Taqwa, Parapat. Kami bermalam di hotel Sedayu (N2° 40.016' E98° 56.493') yang sederhana sahaja. Suasana yang dingin dan tidak memerlukan air-cond.
Makan Tengahari + makan malam
Parapat
Masjid Raya Takwa, Parapat, Medan, Indonesia
Masjid Taqwa Parapat mempunyai nilai sejarah tersendiri. Sekitar tahun 1949 ketika Presiden Indonesia yang pertama (dari 1945 ke 1967) Ahmed Soekarno atau mesra dikenali sebagai Bung Karno yang ketika itu sedang dikenakan tahanan oleh tentera Belanda di Parapat. Beliau tidak menemukan masjid di kota ini ketika ingin bersolat jumaat. Beliau menyarankan agar sebuah masjid dapat dibina bagi kemudahan umat islam bersolat. Apabila berita ini sampai kepada H. Abd Halim Pardede - Lobe Tinggi Pardede @ Ompu Sitoga Pardede seorang tokoh masyarakat islam disini, beliau telah telah mewakafkan sebidang tanah untuk mendirikan masjid. Kini masjid ini sudah mengalami banyak perubahan dan kemudahan asasnya.
Makam H. Abdul Halim Pardede (23 Julai 1870 – 07 April 1976) dan isterinya dibelakang masjid ini
Pautan Kembara Berkaitan
1. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 1
2. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 2
3. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 3
4. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 4
5. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 5
6. Sumut: Kembara Wisata Alam – Day 6
No comments:
Post a Comment