Tarikh : 2 Jun 2013, Ahad
Rider : 21 Orang
Jarak : ± 7.5 km
Lokasi : Gunung Jerai, Kedah Darulaman, Malaysia.
Coordinate : N5° 47.868 E100° 26.230(Mula)
Seawal pagi hujan turun dengan lebat sekali. Sepanjang perjalanan aku ke Yan masih tidak menunjukkan tanda-tanda hujan akan berhenti. Sampai di pekan Yan hujan sudah mulai ’sereyat’. Beberapa rakan sudah sedia menanti di gerai makan. Sambil bersarapan dan menanti beberapa rakan dari Perlis, kami membuat keputusan untuk meneruskan jua acara pada hari ini walau hujan tidak berhenti. Setelah basikal diangkut dengan lori ke Puncak Gunung Jerai, jam 11.30 pagi, acara bermula dalam suasana berkabus dan dingin. Di pertengahan jalan hujan kembali turun. Antara tawar dan masin, kami dibasahi dengan hujan dan keringat. Terpaksa mengharungi laluan yang semakin sukar dan mencabar. Air yang mengalir deras di laluan bagaikan alur, akar kayu dan batu-batu menjadi semakin licin. Secara jujurnya aku tidak mahu mengambil risiko, beberapa kali aku tergelincir bahkan aku menggunakan pokok dan tebing bagi memperlahankan kelajuan kerana brek aku semakin tidak berfungsi. Yang paling mendukacita fork aku juga tidak berfungsi . Ia menjadi mampat mungkin kerana kebocoran angin. Kami selamat tiba ke kaki Junung Jerai (Titi Hayun - N5° 47.639 E100° 24.099) pada jam 1.40 ptg.
Apapun seronok juga berkayuh dalam suasana sebegini. Satu pengalaman baru dan lebih tuntun dari tunggang kali ini.
Lokasi Trek DH Gunung Jerai – 7.5km
Downhiller
Memohon berkat & Selamat – Doa dipimpin oleh Ustaz Raja
Permulaan cabaran
Tangga Kenari
Tersilap laluan akibat teruja – mampoihhh!! kena tanggung patah balik
Tayar pancat – sempat merehatkan diri
Hadoi – paling menyeksakan di seksyen ini. Licin dan curam
Tumbuhan berusia ratusan tahun
Tak mau ambil risiko – Licin dan aliran air
Berteduh di pondok
Sambung semula – seksyen paling menarik
Sampai dan selamat ke Jalanraya
Sebelum & Selepas: Tidak dapat merasai nikmat henjutan
No comments:
Post a Comment