Tarikh : 06/06/2013 – 08/06/2013
Lokasi : Bukit Gambang Water Park, Kuantan, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Coordinate : N 03° 42.315 E103° 02.985
Tagline : A Journey To Remember
Setelah sepakat bersetuju untuk melaksanakan Hari Keluarga 2013 tahun ini dengan tema air, maka jam 10.00 malam hari Rabu, 05/06/2013, 3 buah bas disediakan untuk mengangkut kami ke Kuantan Pahang. Kebetulan dapat 3 hari cuti berkembar kerana pada hari Khamis, 06/06/2013 cuti kerana ‘Isra & Mikraj’ .
Kali ini penganjuran Hari Keluarga dikendalikan oleh D Melodies Entertainment & Management yang beralamat di:-
1-22 & 1-23
2nd Floor, Hawker Centre Section 2
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur
Tel: 012-384 2664
Pendaftaran masuk ke resort pada jam 3.00 petang. Berehat dengan acara sendiri, sambil mandi kolam di kawasan Resort. Esoknya awal pagi diadakan acara telematch yang diadakan dipadang berhampiran resort dan disertai oleh semua keluarga. Antara acara yang dipertandingkan ialah:-
Gorilla Walk - Acara Untuk Dewasa & Kanak-Kanak Musical Chairs - Acara Untuk Wanita Fill The Bottle - Acara Kanak-Kanak Waiters' Race - Acara Kanak-Kanak 3 leg Race - Acara Keluarga(Suami/Isteri Balancing Race - Acara Wanita Coconut Bowling - Acara Keluarga
Semua acara ini dikendalikan oleh Petugas D’Melodies dan kakitangan Resort
Selepas tamat permainan pada jam 10.00 pagi, kami memasuki pula taman tema air yang dipenuhi dengan ramai orang. Bahkan ada beberapa agensi turut menganjurkan Hari Keluarga di dalam Taman Tema Air ini.
Aku sudah pernah kesini(KLIK) dan kini Bukit Gambang memiliki Safari Park yang bertemakan Night Jungle To Wild Savannah. Didalamnya terdapat Singa Putih(first & only) yang dipelihara. Mempunyai koleksi terbesar spesis primate di Asia Tenggara. Boleh berinteraksi secara dekat dengan binatang tertentu dan mempunyai koleksi terbesar Nocturnal animals.
Malamnya diadakan Grand Diner dan tetamu istimewa menghiburkan kami ialah Azli dari Kumpulan Senario dan anak didiknya dalam Rancangan Bintang Mencari Bintang iaitu Kumpulan Gegau & Tocai.
Kolam renang berhadapan dengan bilik penginapan kami(kiri)
Pendaftaran
Petangnya selepas pendaftaran, apalagi mandii kolam
Esoknya acara telematch bermula
Badut turut menghiburkan kanak-kanak
Acara bakal bermula
Acara ‘Balancing Race’
Acara kanak-kanak – Waiters' Race
Gorilla Walk – Dewasa
Fill the Bottle
ping
Gorilla Race- Kanak-Kanak
three leg race
Musical chairs
Coconut Bowling
Mandi kolam di Taman Tema
Bermain bola air bersama Azlee Senario
Persembahan Silap mata
Azli dan Anak buahnya (Kumpulan Gegau - Mohd SaffuanSamsuddin & Faizal Ibrahim; Tocai - Mohamad Tarmizi)
No comments:
Post a Comment