Tarikh : 31 Oktober – 5 November 2012
Currency: RM2.95 = 1,000 ₩, won (원)
Climate: -1 °C - 9°C , Autumm
Electricity & Voltage: 220V/ 60Hz.
Samsung, Kia, Hyundai(Baca: Shaun Dei), Taekwondo, Winter Sonata, Autumm In My Heart, Taegukgi, A Tale of Two Sisters, The Host, My Wife is a Gangster (sekadar menyebut beberapa contoh), membuat rakyat Malaysia dekat dengan Korea. Super Junior, Wonder Girls, Kim Jaejoong dan yang terbaru Gangnam Style dari PSY menyemarakkan lagi budaya K-Pop dan seterusnya melonjakkan lagi nama Korea di persada antarabangsa. Korea Selatan sebuah negara yang semakin pesat membangun dari segi ekonomi, sukan, pelbagai teknologi maklumat dan kejuteraan, pelancongan, keseniaan ,budaya popnya dan pelbagai lagi aspek kehidupan
Kegemilangan mereka sejak dari beberapa kurun yang lalu dan Dinasti Joseon( 1392 ~ 1910 ) berada pada era kegemilangan sehinggalah mereka dijajah oleh pihak Jepun( 1910~1945) yang telah menghapuskan bahasa dan budaya Korea. Kekalahan Jepun memberi kelegaan sementara kepada mereka dan Perang Korea(1950~1953) mengakibatkan semenanjung Korea terbahagi dua iaitu Korea Selatan dan Korea Utara. Korea telah menghadapi perubahan yang besar dari segi sosial, ekonomi dan politik. Tetapi Korea telah berkembang pesat menjadi sebuah negara yang penting dalam dunia antarabangsa apabila berjaya mengadakan Olimpik di Seoul pada tahun 1988 dan World Cup Korea/Jepun pada tahun 2002.
Demi untuk meninjau dan mempelajari kemajuan yang dicapai oleh negara yang dikenali sebagai ‘The Four Asian Tigers/ Asian Dragons’ , maka Alhamdulillah aku terpilih untuk mengikuti satu lawatan anjuran organisasiku dan disertai 20 orang yang lain(Ada juga peserta bawa keluarga & suami/isteri). Perjalan kami ke Korea berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Penang (Penang (MH1165) → KLIA(MH 66) → Incheon (MH 67) → KL (MH 1164) → Penang). Pernerbangan ke Icheon dari KLIA sejauh ± 4,612.5 km mengambil hampir 7 jam. Beberapa tempat menarik kami kunjungi disamping melihat dan menilai gelagat, keindahan negara ini secara tersirat dan tersurat.
Antara Tempat dilawati Ialah Incheon, DMZ, Paju, Namiseon, Seoul, Dongdeamun, Namdaemun, Myeongdong, N Seoul Tower, Kyongbok Palace,Kimchi School and Everland.
Merenung jauh dari perantauan
5.40am waktu Malaysia udah tiba di Incheon, Uhhhh sejuk oooo sampai kebas telinga
Unsur Lama & Moden
Teknologi hebat..banyak pakai sensor, sampai aku pun tak reti nak pakai ..Di sana jamban takdak bidet, jenuh …..
Wow..teksi guna Hyundai Sonata & K5 – kereta buatan Korea menguasai jalanraya (KAGUM! dengan patriotisma)
Tunjuk perasaan (kerap berlaku di sini) errr .. (tak heranlah dalam parlimen pun gaduh)
Motor untuk tujuan pengangkutan barangan cepat
Tengah panas boleh kayuh la pi pejabat ..kalau sini ?
Di Dora Station
Barang-baral ori yang murah di Paju Premium Outlet
Belajar buat Kimchi di Kimchi School, Seoul
honeymooooon …
Di masjid Besar Seoul, Iteawon
Autumm ..Nami Island, tempat set pengambaran drama Winter Sonata
Membeli belah ala Petaling Street di Dongdeamun
Wow .. fesyen canggih lagi terkini ..
Sempat gak
Mendaki Namsan Mountain untuk ke N Seoul Tower
Tempat bermalam di Three Seven Hotel, 15-13 Yeouido-dong Youngdungpo-Gu, Seoul, South Korea
bergambar kumpulan @ Gyeong Bok Gung Palace
menghayati Senibina di Gyeong Bok Gung Palace
Di Everland theme Park .. sempat naik T Xpress (The Steepest wooden roller coaster in the world)
….BERSAMBUNG …
No comments:
Post a Comment