DMZ adalah ‘buffer zone’ antara Korea Utara dan Selatan. Ianya dikatakan kawasan yang paling ketat dijaga didunia. Di tengah-tengah DMZ terdapat Military Demarcation Line (MDL) yang merupakan sempadan sebenar antara kedua negara tersebut. RUJUKAN: Korea’s Armistice Agreement, Article 1, Section 1 – “One military demarcation line shall be determined from which both parties shall pullcback 2km so as to created with the two sides’. Maka kedua negara sentiasa berada dalam keadaan siap siaga akan segala kemungkinan. Oleh itu ada yang menggelarkan kawasan ini sebagai kawasan paling bahaya & tegang didunia. Kedua negara menempatkan tentera dan dikatakan kawasan paling ramai di dunia. Korea Utara dipercayai menempatkan sejuta tentera di DMZ. Pihak Korea Selatan 600,000 tentera dan Amerika menempatkan 28,000 tentera.
Dari Imjingan Park kami menaiki bas khas yang disediakan dan melalui pemeriksaan pihak tentera. Nasib baik mereka hanya menaiki bas kami dan menjenguk ‘gitu-gitu ajer’ (mematuhi prosedur). Singgahan pertama adalah ke Dorasan Station yang merupakan stesyen keretapi Korea Selatan paling utara (Gyeongui Line). Ia pernah menghubungkan Korea Utara dan Selatan suatu ketika dahulu. Selepas June 15 South-North Summit, kerja-kerja pemulihan ke atas Gyeongui Line dimulakan pada September 2000 dan siap pada March 2002. Stesyen ini dibuka kepada orang ramai pada 11 April 2002 untuk tujuan pelancongan. Stesyen yang moden tetapi lengang siap dengan kemudahan lengkap seolah-olah kita ke boleh ke Pyongyang. Apakah Prasarana yang tersedia ini sebagai langkah ke arah penyatuan?
Selepas itu kami melawat Kompleks Dora Observer yang terletak di 38th parallel immediately south of the Demilitarized Zone (DMZ). Disini aku dapat menyaksikan pemandangan terus ke Korea Utara. Teropong Khas disediakan bagi memudahkan pelawat meninjau dan memerhati persekitaran di sebelah sana. Sedang aku hendak memetik kamera, aku disergah oleh petugas tentera yang lantas memeriksa imej dalam kameraku(nasib baik tak sempat rakam lagi) sambil ia menunjukkan garisan kuning yang menjadi had sempadan kamera dibenarkan(Fuhh lega!..)
TAPI:…ada gak sekeping (heh heh)..nun di sana Korea Utara
Ia dibuka kepada awam pada Januari 1987
Lokasi kami berikutnya adalah ke The Third Tunnel yang merupakan terowong yang dikorek oleh pihak Utara untuk menyusup dan paling hampir dengan Seoul iaitu 44km sahaja. Ianya dijumpai pada 17 Oktober 1978 setelah dimaklumkan oleh askar yang berpaling tadah, Kim Bu-Seong.
Ianya sepanjang 1,635meter dan berkeluasan 2 meter tinggi dan 2 meter lebar.
Kami dibawa masukdengan menaiki keretapi kecil menuju ke terowong yang letaknya 78 meter di bawah permukaan tanah dan sejauh 300 meter . Sebelum memasuki terowong, kami harus memakai topi keledar biru untuk mengelak dari terhantuk ke dinding terowong. INGATAN: Semua aktiviti bergambar tidak dibenarkan sepanjang dalam terowong. Aku menyimpan kameraku dalam locker khas yang disediakan.
Unifying Earth – Satu hasil kerja seni yang menggambarkan harapan kepada keamanan dan penyatuan Korea.
Freedom Village – satu-satunya perkampungan awam di DMZ. Walaupun berada di ambang bahaya, namun mereka tetap meneruskan kehidupan di kampung ini yang wujud sejak beberapa generasi lalu. Mereka menjalankan kegiatan pertanian dan tanaman padi(sekali setahun) diusahakan oleh penduduk sini. Beras di atas dijual dalam harga 10kg = ₩ 29,000 (RM84.10)
menurut aya blog yang anca tulis ini menjadi inspirasi banyak orang.
ReplyDeleteThank you gan.