Tarikh : Selasa, 13 November 2012
Trek : Trail Tangga Kenari, Gunung Jerai, Gurun, KEDAH
Mula : Parkir, The Regency Jerai Hill Resort
Fee: RM16.00
Jarak : ±6 km jer
Sempena cuti Deepavali satu event telah diatur oleh saudara Nasrun yang dikenali sebagai “Enduro DH Gunung Jerai”. Berjaya menghimpunkan 51 peserta yang meliputi rider dari Jitra, Alor Setar, Sungai Petani, Kulim, Perlis, Pulau Pinang bahkan sahabat dari Kuala Lumpur(geng paraglider) juga turut bertandang.
Laluan Tangga Kenari di Gunung Jerai ini sangat popular di kalangan para hiker dan penggemar alam semulajadi. Laluan ini memberi satu perspektif baru kepada para downhiller yang sukakan kelainan dan adrenalin disamping menduga skill yang ada. Dengan batu-batu rock garden yang terbonjol, akar-akar besar berselirat menghadang, jalan yang curam lagi licin pasti akan menambahkan lagi nilai cabarannya. Aku pernah beberapa kali menuruni laluan ini namun kali ini agak mencabar kerana hujan petang kelmarin membuatkan laluan menjadi licin.
Kami bermula berkumpul di pekan Yan untuk bersarapan pada jam 7.30 pagi. Kemudian pada jam 9.00 pagi memuatkan basikal kami ke dalam 2 buah lori dan semua rider diangkut naik dengan 2 buah van ke tempat permulaan iaitu parkir The Regency Jerai Hill Resort. Setelah selesai sesi foto, taklimat dan doa kami memulakan kayuhan pada jam 10.30pagi. Permulaan yang selesa dan sering bertembung dengan para hiker yang mengikuti laluan ini. Ia bukanlah satu pertandingan sesama sendiri tetapi lebih kepada bertanding dengan diri sendiri. Cabaran kepada kemampuan diri dan kecekalan hati.
3 tempat kami berhenti untuk ‘regroup’. Di pondok terakhir kami mengikuti denai baru, single trek yang dibuka dengan kerjasama team Kedah/Perlis dan geng SP beberapa hari lalu.
1.50 petang kami semua selamat tiba kembali ke kawasan peranginan Titi hayun dengan seribu senyuman dan kepuasan walaupun amat meletihkan.
Lagi gambar di FACEBOOK
Parkir persendirian di Rekresi Titi Hayun: kena bayar RM3.00
kembar ?
Memberi laluan …
tidak mahu ambil risiko
kelajuan terkawal
Akar yang berselirat menambah nikmat
Drop akar ..
berhati-hati
Hampir semua Team Great Advanture Bandung turun: satu latihan gak ni
langkah selamat
Mandi-manda
No comments:
Post a Comment