Zon ini memisahkan kedua negara dan menganjur dari laut Jepun Ke Laut Kuning sepanjang 250km dan 4km lebar.
Kami selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Incheon yang terletak di pulau Yeongjongdo, timur Seoul pada jam 6.30 pagi waktu tempatan. Menyambut kedatangan kami ialah Mr. Hockey Yang yang menjadi pemandu pelancong. Incheon yang terletak di atas pulau buatan sejauh 60 km dari Seoul. Dari Incheon, destinasi pertama kami ialah menuju ke Imjingak park singgahan pertama sebelum memasuki DMZ yang merupakan perbatasan/sempadan Korea Utara dan Korea Selatan. Untuk ke DMZ, passport diperlukan karena ada pemeriksaan oleh tentera Korea Selatan semasa hendak memasuki dan meninggalkan DMZ
Di Imjingak Park sebelum memasuki DMZ
IMJINGAK PARK
The Imjingak National Tourist Resort Park menempatkan beberapa monumen dan memorial perang seperti Imjingang War Memorial, Memorial Tower For Korean Diplomats Martyred, sebuah memorial yang dibina sempena memperingati 17 Diplomat Korea yang terkorban akibat serangan bom dari pihak Korea Utara dalam tahun 1983, the US Forces War Memorial dan beberapa lokasi menarik yang harus dilawati seperti:-
Freedom Bridge: Jambatan kayu sepanjang 83m, 4.5 – 7m lebar dan tinggi 8m. Dinama sempena memperingati kepulangan 12,773 tahanan perang (POW) yang pulang ke Korea Selatan dalam tahun 1953. Kelihatan banyak cebisan kain dan kertas yang digantung oleh penduduk Korea yang mengharapkan dan mengimpikan penyatuan kembali kedua negara
Steam Locomotive Smokestack: Adalah simbol sejarah trajik pemisahan 2 negara ini. Trageji hasil dari peperangan Korea. Keretapi ini didaftarkan sebagai Cultural Heritage dalam tahun 2004. Menurut cerita ianya diserang dalam perjalanan ke Pyongyang semasa membawa kelengkapan perang dan musnah di Jangdan Station. Terdapat hampir 1020 lubang peluru menembusi gerabak ini.
Bell Of Peace: Loceng yang dibina dari gangsa mengikut senibina tradisional korea, seberat 21 tan, berukuran 2.23meter diameter dan setinggi 3.8meter. Didirikan oleh Gyeonggi-do sebagai simbul harapan perdamaian dan penyatuan Korea dan keamanan manusia sejagat.
Ada beberapa lokasi menarik lagi di sekitar Imjingak Park ini yang tak sempat aku lawati kerana masa yang agak suntuk dan ‘keloi’an dari Mr. Hockey yang sering meminta aku mengejar masa.
No comments:
Post a Comment