Tarikh : 17 November 2012
Lokasi : Lot 1137, KM10, Titi Gajah , 06550 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Coordinate: N6 11.927 E100 23.305
Satu ketika dahulu(25 Julai 2009) Persatuan Bonsai Kedah pernah bermesyuarat di sini dan aku sering ke sini semasa Hijrah Cafe menjalankan perniagaannya. Setelah beberapa ketika, restoran ini sedang diubahsuai dan sekembalinya aku dari Korea lantas melihat Restoran ini sudah dibuka, maka malam ini aku mengajak keluargaku untuk menjamu selera ke sana.
Restoran ini dibuka pada 08 November 2012 lalu dan dimiliki oleh seorang anak muda yang berwawasan, Abu Bakar Zainal Abidin (cucu kepada Allahyarham Tuan Haji Arshad (Pak Chat). Ianya dibuka dari jam 4.00pm – 12.00 tgh malam. Menyediakan hidangan ala Melayu, Siam & Western. Pengunjung boleh mencuba hidangan istimewanya iaitu ikan Bakar, asam pedas dan nasi goreng pekasam Titi Gajah. Semasa menanti hidangan tiba, pengunjung akan diberi minuman air mineral berperisa pandan. Restoran ini mudah dicari kerana ia berada di simpang 3 untuk ke Lapangan terbang Sultan Abdul Halim
Dengan wujudnya Restoran ini memberi pilihan kepada aku dan rakan-rakan menikmati hidangan yang berkualiti dan yang pentingnya dekat dengan rumah. (Boleh menjamu kawan-kawan sementara menanti kapalterbang mendarat/berlepas).
Pihak mereka juga sedia menerima tempahan, sila hubungi 04-714 2129 En Abu Bakar/019-9573 141 – Noly
Hidangan Istimewanya
Persekitaran yang tampak luas dan cantik
Pemiliknya Abu Bakar (kiri)
Hidangan kami malam ni – western
Air mineral berperisa pandan dan minuman
Sdr,
ReplyDeleteTerima kasih kerana memberi ulasan mengenai Restoran Citarasa Titi Gajah.Kita berharap ramai lagi akan mengenalinya. Apa pun saya berharap kita dapat berjumpa kerana ada beberapa persamaan yg kita boleh bincang bersama. Blog saya Kotastar.blogspot.com. Tel 0124763235. Happy scouting and finding many more adventures.
Terima kembali.. Insyaalah kita akan berjumpa dan saya sentiasa mengikuti perkembangan blog Tuan.
ReplyDelete