Friday, October 02, 2009

Mesyuarat Agung PSBKPs

Mesyuarat Agung kali pertama PERSATUAN SENI BONSAI KEDAH/PERLIS telahpun diadakan pada 25 Julai 2009 di Restoren D’Angsana, Batu 6, Titi Gajah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pendaftaran Peserta

Dari kiri - Setiausaha, Bndahari, Wan Amirul & En. Ikram

Ahli dari Perlis

Pengerusi Penaja sedang berucap - kirinya pengerusi majlis

Jeliti(Wrightia) - Bengkel  selepas mesyuarat

Mesyuarat Penaja PERSATUAN diadakan pada 07 Februari 2009 di rumah saudara Yusri Bin Abd. Rahman, 29, Kg. Pulau Pisang, Tunjang, Jitra.

Mesyurat Penaja

Hasilnya Persatuan telah diluluskan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 22 April 2009.  


Lahirnya Persatuan Seni Bonsai Kedah/Perlis ini diharapkan dapat memberi satu ruang kepada peminat-peminat bonsai untuk berada di bawah satu payung dan menyatupadukan di bawah satu persatuan yang berdaftar. Secara tidak langsung kalangan ahli dapat bertukar pandangan dan pendapat dalam usaha untuk memajukan dan mempertingkatkan seni bonsai di negeri Kedah dan Perlis.

No comments:

Post a Comment