Tarikh : Sabtu, 24 Oktober 2012
Lokasi : Lot 1076. Kg Lubuk Batu, Jalan Wang Tepus, 06000 JITRA, KEDAH
Coordinate: N06 13.502 E100 27.975
Terfikir bilakah peluang untuk singgah makan bersama keluarga disini setiapkali melintas & terpandang ke restoran ini apabila berkayuh malam di laluan Bukit Lengoh. Kini aku harus memberi perhatian kepada santai keluarga juga, maka hari ini bertekad untuk menikmati hidangan rasa buah naga di Restoran ini.
Terletak ± 5km dari persimpangan keluar Jitra (Exit 181, Lebuh Raya Utara Selatan) dan terletak di dalam kawasan perkampungan Lubuk Batu yang terkenal sebagai kawasan dusun. Mula dibuka sejak Ogos 2008. Restoran ini berada di atas bukit dan pemiliknya (Tuan Haji Harun Bin Jasin) menjadikan kawasan halaman rumahnya sebagai restoran. Menyediakan pelbagai hidangan Melayu, Western, Thai dan sebagainya. Keistimewaan hidangan disini ialah Ikan Cabai Buah Naga 5 Rasa, Asam Pedas Tumis Buah Naga, Udang Masak Cabai Buah Naga, Ikan Bakar Warisan, Kerabu Ulam dan lain-lain lagi. Kepuasan yang diperolehi berbaloi dengan harga yang dibayar, maka tidak hairanlah ramai pengunjung dari pelbagai lapisan telah menikmati hidangannya di sini.
Restoren ini dibuka setiap hari kecuali hari selasa dari jam 4.30 ptg – 11.30 malam.
Bagi sesiapa yang berminat untuk menempah sajian makanan di restoran berkenaan, mereka boleh menghubungi Puan Rohaya atau Tuan Haji Harun di talian 04-9162 150/019-4747 150.
Lawatilah website mereka untuk maklumat lanjut: -
http://bunganaga.blogspot.com/
http://www.dragonfruitspice.blogspot.com/
Kini udah kerap makan malam bersama keluarga
Restoran di atas bukit dikelilingi oleh kehijauan pokok buah-buahan
Pemandangan di Restoran ini
Hidangan yang menjadi pilihan adalah seperti dibannernya.
Wow ..ramai gak VVIP yang turut menjamah hidangan di sini
SEDARPPPP …. Jus Buah Naga & Jus Manggo + Buah Naga
Asam pedas Tumis Buah Naga (Sedikit Pedas)
Ikan Cabai Buah Naga 5 Rasa – Ikan Bawal Angsa
Bayar di sini. Pemiliknya Tuan Haji Harun Bin Jasin
No comments:
Post a Comment