Tarikh : Sabtu, 20 Oktober 2012
Lokasi : Taman Lembah Kiara, Kuala Lumpur
Rider : 6 orang
Perancangan awal adalah untuk xplore Bukit Temin mencari Batu Buaya Puteh(????) tetapi teman kayuhan mempunyai pelbagai agenda terus sahaja menerima pelawaan Sdr Nasron mengikutinya meraikan sahabat yang baru nak berjinak di Kiara.
Pelan asal untuk bertiga ke Kiara, namun sdr Hafizi terpaksa menarik diri lantaran cutinya dibatalkan disaat akhir dan di sertai pula oleh Shah & An. Sebelum check in bilik di Sun Inn Kota Damansara(7.00pm) sempat menjamu mata sambil membeli apa yang patut di Butik Specialized dan Rodalink.
Besaoknya, bertemu dengan Sdr Adli dan Mohd. Noor (fuhh sanggup mai naik bas semata-mata nak layan Kiara) di hadapan Restoran Chengkih. Kayuhan dimulakan pada jam 8.45am dengan bermula di laluan Magic Carpet dan mengulang 2 kali di trail 2K dan Apollo. Menjamah trail Twin Peaks dan mengakhiri di laluan Rock Garden yang sungguh teruja dengan bonjolan batu yang terbungkin.
Satu pengalaman baru kepada beberapa sahabat dan syabas diucapkan kepada mereka kerana dapat menghabiskan trail dengan selamat walaupun keadaan trek yang licin dan mencabar. Kayuhan tamat pada jam 1.45tgh. Selepas menjamu selera dan menjamu mata di KSH kami ke Concorde Hotel untuk majlis perjumpaan rakan lama sebelum pulang dan sampai ke rumah hampir jam 2.00 pagi.
Lagi Gambar di FACEBOOK
6 rider: dari kiri: Shah, Lont, Shazwan, Adli, Pudin & Md. Noor
Adli.. Senyum dalam kayuhan
Norman yang cool
Ukhwan terjalin, Sahabat kayuhan
Menunjukkan cara
Balun! Biaq gerek buat kerja
Cabaran
Kudapan .. Merehatkan badan
Bonjolan batu yang boleh memancitkan tayar
No comments:
Post a Comment