Thursday, December 19, 2019

Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 01

Tarikh       :  10/12/2019 
Misi           :  Mencari penginapan dan Makan Malam
Lokasi       :  Songkhla Thailand      
Tukaran     : RM10 = THB72.3

Kami bertolak dari rumah pada jam 11:00 pagi menuju ke arah pintu sempadan Bukit Kayu Hitam. Lewat pagi ni tidak ramai pelancong, maka urusan imigresen dikedua belah negara berjalan lancar.

Banphru Banny (ฟาร์ม กระต่าย บ้านพรุ)

Ban Phru, Hat Yai District,

Songkhla 90250,

Thailand

Coordinate: N6.95435° E100.46719°

https://goo.gl/maps/Vp34t8VgSkfC8P6Z6


Aku menuju ke satu lokasi ternakan arnab di Ban Phru (± 10 km sebelum Hadyai) dikenali sebagai Banphru Banny. Sebuah rumah arnab dibina bersebelahan rumah pemiliknya. Rumah arnab yang menempatkan berpuluh sangkar arnab. Ada pelbagai spesis baka arnab terbaik seperti Holland Lob, Mini Rex dan lain-lain lagi. Mereka menternak, membiak dan menjual baka arnab ini. Pemiliknya sangat mesra dan ramah namun masalah komunikasi membataskan seribu persoalan dariku (untuk mendapat maklumat)

Ia dibuka 2 kali sehari iaitu dari 09.00 - 12.00 dan 15.00 - 19.00

Ruen Mae Coffee & Homestay (ร้านอาหารเรือนแม่ แอนด์ โฮมสเตย์)

Nam Noi, Hat Yai District,

Songkhla 90110,

Thailand

Coordinate: N7.12560° E100.54920°

https://goo.gl/maps/mdbyTB9a6d6BMKPX8

Sebelum tirai malam berlabuh kami perlu mencari penginapan, maka kami menuju kearah Songkhla mencari sebuah penginapan yang agak berlainan. Sebuah penginapan yang aman dan tenang yang jauh dari hiruk pikuk kota Penginapan yang ingin kami bermalam ialah Ruen Mae Coffee & Homestay. Ia sebuah penginapan yang agak ‘kedalam’. Ia terletak ± 18 km ke utara dari Hadyai atau ± 12 km untuk ke Songkhla. Kami melalui jalan tanah merah ±300 meter sebelum sampai ke sini. Apabila sampai, ia kelihatan sangat sunyi. Tiada orang disitu atau berdekatan untuk kami bertanya. Yang menyambut kami hanyalah sekawan anjing yang celapak mengerumuni sambil menyeringai gigi. Aku berdiri tegak lantas 'berdiam' sejenak. Tiba-tiba mereka beredar yang memudahkan kami bebas meninjau tempat ini. Resort ini memang cantik, ia dibina di atas paya yang airnya jernih, ditumbuhi oleh teratai pelbagai warna. Dari pemerhatianku ia mempunyai 6 buah bilik yang selesa. Ia juga nempunyai restoran terapung (tidak halal). Mungkin tidak kena 'masa' ketika kami tiba? Lalu kami memutuskan untuk mencari penginapan lainnya dan membuat keputusan untuk bermalam di Naitawan Resort (นายตะวันรีสอร์ท) yang berada tidak jauh dari Khlong Hae Floating market. Ia sebuah resort yang agak selesa. Mempunyai 15 bilik yang berhawa dingin. Penjaganya pula fasih berbahasa Inggeris. Harga ditawarkan kepada kami ialah THB590.00 dan permintaan aku dengan harga THB550 dibenarkan.

Resort yang cantik dibina di atas paya
Restoran terapung (tidak halal)
Paya yang ditumbuhi teratai

Yeemeen Foodgarden (ร้านยีหมีนโภชนา)

Khlong Hae, Hat Yai District,

Songkhla 90110,

Thailand

+66 84 581 6473

Coordinate: N7.07329° E100.48239°

https://maps.app.goo.gl/y7vqzc7ktsy4J7Sz9

Petangnya kami menziarahi Tuan Haji Meen di restorannya yang terletak tidak jauh dari Central Mosque Of Songkhla (± 1.5 km). Selepas maghrib sekali lagi kami ke Restorannya untuk makan malam pula. Restoran yang dikenali sebagai Yeemeen Food Garden adalah pilihan untuk menikmati masakan enak ala Thai.

Restoran ini telah dianugerahkan sijil kebersihan dan mematuhi piawaian kebersihan dan halal oleh Hal-Q (Halal Science Center di Chulalongkorn University yang menjalannkan kajian dan memberi akreditasi terhadap produk halal di Thailand), disyorkan oleh ramai sahabat tempatan, sering dikunjungi oleh pihak artis, expatriat, penduduk tempatan dan pelancong. Sering juga memasuki program tv dan berita. Menyediakan makanan yang lazat dan berkhasiat dengan harga yang berpatutan.

Ada parkir dihadapan kedai, wifi percuma

Dibuka setiap hari seperti berikut

Isnin - Jumaat: 16:00 - 22:00

Sabtu – Ahad  : 10:00 - 20:00

Bersama Haji Min dan pemuziknya

Minuman istimewa disini – lemon madu bergaram

Tuan Haji Meen sedang mendendangkan lagu istimewa kepada tetamu. Persembahannya hanya pada sebelah malam sahaja

BERSAMBUNG …

Pautan Kembara Berkaitan

01. Hadyai: Memburu Café Hipster
02. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 01
03. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 02    
04. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 03

 

No comments:

Post a Comment