Misi : Coffee Hunter
Lokasi : Songkhla Thailand
Tukaran : RM10 = THB72.3
Kedai kopi moden atau lebih dikenali sebagai café hipster kini sudah menjadi trend dikalangan pengunjung. Sehubungan itu, misi kami kali ini adalah untuk memburu beberapa café sekitar Hadyai disamping melawat beberapa lokasi yang sudah dikenalpasti.
Samsils Café: Menikmati Kopi di Laman Orkid
Samsils Cafe' Hatyai
Alamat : 186 Thanon Khlong Wad 2, Tha Chang, Bang Klam District, Songkhla 90110, Thailand
Coordinate: N7.01981° E100.44969°
https://maps.app.goo.gl/b7ehyxGU3wwh3eSL9
Kami menuju ke arah Khuan Lang, suatu kawasan yang mempunyai ramai penduduk muslim dimana terdapat sebuah café yang cool dalam persekitaran ‘taman’ dan kini sedang trending di Kota Hadyai (tidak jauh dari Chakamas Resort). Berkonsepkan moden dengan gaya seni dimana lamannya dihiasi dengan beberapa spesis kaktus dan disisi café ini ada ruang seni yang menempatkan pameran lukisan. Sesuai dengan gaya hidup masyarakat kota yang ingin lari dari hiruk piruk kota sambil menikmati kopi secara santai. Tempat yang sempurna untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan atau keluarga dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Café Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel dan banyak lagi. Tapi menu istimewanya adalah kopi Samsils dan roti bakar khas disamping menyediakan beberapa menu sampingan.
Café halal yang dimiliki oleh saudara Johari dan telah beroperasi sejak 2 tahun lalu. Dibuka setiap hari dari jam 10:00 - 20:00. Ada parkir dan tersedia wifi percuma kepada pelanggan
Nikmatilah kopi istimewa mereka Samsils Coffee
Kami hanya menikmati kentang goreng kerana baru lepas makan tengahari
Disatu sudut ada galeri pameran lukisan
Tha Kham Station: Santai di Kawasan Bendang
Alamat : Tha Kham, Hat Yai District, Songkhla 90110, Thailand
Coordinate: N7.03495° E100.57652°
https://maps.app.goo.gl/nEU5n8Lx2fdRVj9V8
Mungkin pada pandangan kami, konsep asas sesebuah café sama sahaja namun apa yang membezakan café ini dengan lain-lain café ialah lokasinya yang berada di dalam kawasan sawah padi. Ia adalah antara café yang sedang trending di Hadyai. Menawarkan suasana yang segar dengan pemandangan sawah padi yang menyejukkan mata. Ia menyediakan minuman dan juga makanan.
Ada 2 section untuk santai. Di bangunan utama yang berhawa dingin dan diruang terbuka yang ada beberapa pondok yang dihubungkan dengan jambatan kayu. Aku lebih suka lepak diluar, mengambil tempat disatu ruang yang tersedia kusyen lepak yang ringkas sambil menikmati minuman ringan dan secangkir kopi buat menyegarkan mata/badan. Kebetulan ketika kami disini, cuaca redup dan berangin. Hampir telelap aku, terasa nyaman dan aman sekali sambil disapa angin segar yang menyejukkan badan. Tidak jauh dari sini ada sebuah rekreasi bendang yang pernah aku review di Ban Hin Kliang (KLIK)
Café ini bukan dimiliki oleh peniaga muslim jadi berhati-hati dalam memilih makanan. Dibuka setiap hari dari jam 10:00 – 21:00
Rice Brew Coffee: Aroma Kopi Di Persekitaran Hijau
Alamat : น้ำกระจาย 242/3 ม.1 ถนน Thung Wang, Songkhla 90000, ThailandCoordinate: N7.08474° E100.63104°
https://goo.gl/maps/oVstb7gGZWwDa4K2A
Dari perjalanan ke Hadyai di 408 road, ±600 meter dari Ang Thong Junction, kami singgah ke sebuah café yang bernuansakan sawah padi. Melangkah masuk ke dalam café, sudah terbau aroma kopi yang lazat. Suasana dalamannya yang ringkas tetapi menarik.
Café ini menyediakan pelbagai kopi aromatik dan hidangan kek yang enak dan diletakkan pada harga yang berpatutan. Mulanya agak was-was dengan status halal makanan disini dan selepas bertanya kepada pengunjung (penduduk tempatan – muslim) beliau memaklum bahawa kek boleh dimakan. Kami memesan hot latte (±THB55) dan sepotong kek. Menjamu mata sambil menikmati kopi enak. Selepas menikmati kopi, kami ke bahagian luarnya untuk menikmati keindahan sawah padi. Menelusuri jambatan kayu yang bersambungan merintangi sawah padi ke pondok-pondok kecil ditengah sawah. Memang menarik dan cantik suasana disini. Dengan aroma kopi dan hidangan keknya yang lazat disamping pemandangan yang memikat menjadikan café ini trending kini. Ia sudah beroperasi sejak setahun yang lalu dan dibuka setiap hari dari 9:00 – 18:00
Bersama penduduk tempatan yang persis anak saudara kami
Secawan kopi dengan sepotong cek
Sembilan Steak House: Menikmati Steak & Kopi
Sembilan Steak House & Restaurant/ร้านซัมบีลัน
Alamat : 1089 Hat Yai District, Songkhla 90110,Thailand
Coordinate: N7.00093° E100.45365°
https://maps.app.goo.gl/HrwXpNiZjPPcbjc98
Semasa menelusuri Phet Kasem road, berhampiran lampu isyarat, terlihat sebuah restoran dengan tulisan rumi, maka singgah seketika untuk merehatkan diri dan menghilangkan dahaga.
Pemilik Restoran, audara Mahmud dan pekerjanya
Sembilan Steak House & Restoran adalah sebuah restoran yang dimiliki oleh sdr Mahmud dan telah beroperasi sejak 2 tahun lalu. Ia menjual hidangan ala western dan Arab seperti chicken/tuna kebab dengan harga yang berpatutan. Yang penting halal, suci dan bersih.
Kami menikmati sepinggan steak dan kopi untuk kesegaran. Bagi aku, Steak adalah sumber protein yang sangat baik. Ia boleh mengekalkan metabolisme dan dapat membantu merasa kenyang untuk jangka waktu yang lama.
Alhamdulillah Sdr Mahmud berbesar hati menawarkan makan tgh dengan tomyam. Insyaallah tahun hadapan beliau akan mula memasukkan masakan ala siam dalam menu hidangan.
Kedai ini dibuka pada jam 11:30 - 21:00
Dibuka setiap hari kecuali Isnin dan selasa.
Aturan dalaman yang ringkas, santai dan menarik
Pautan Kembara Berkaitan
01. Hadyai: Memburu Café Hipster
02. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 01
03. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 02
04. Songkhla: Menelusuri Pinggiran Tasik - 03
No comments:
Post a Comment