Sunday, September 30, 2018

Hadyai: Rekreasi di Kawasan Bendang

Tarikh  : 22 September 2018
Misi     :
Lokasi  : Ban Hin Kliang, Tambon Tha Kham, Hadyai, thailand 
Jarak   :
Coordinate : N7.03533° E100.59004°
Google Link: https://goo.gl/maps/XPyx5QfkGrE2
  


Perlancongan berasaskan pertanian (agritourism) sudah mula mendapat tempat di Thailand. Di daerah Phatthalung, nama-nama seperti Napoake, Sampaothai, Khuha Sawan, Kwangjai dan beberapa lagi sudah popular di kalangan pelancong (baik tempatan atau luar).

Kini sebuah kampung berdekatan Hadyai, Ban Hin Kliang (ศาลาต้นโด) mula mengorak langkah ke arah konsep sebegini. Terletak ± 18 km ke timur Timur Laut Hadyai. Ia dibangunkan di dalam kawasan bendang. Pelantar kayu dibina mengelilingi dan merentas kawasan sawah, buaian dipasang di bawah rimbunan pokok, pepatong orang sawah (scarecrow) menarik perhatian, rumah pokok pasti jadi tarikan. Kerbau dan lembu dibiar berkeliaran, unggas pula bebas berterbangan.

2 minggu lalu aku sudah ke sini dan ia masih dalam pembinaan dengan pelantar pejalan kaki yang masih belum sempurna. Hari ini aku berkunjung kembali ke sini dan ia sudah siap sepenuhnya. Bahkan beberapa tarikan baru (pot berswafoto) sudah dibina. Pelantar dan papan tanda sudah siap dipasang. Pengunjung sudah ramai yang bertandang. Rasanya sudah seminggu tempat ini dibuka.

Berdekatan kawasan ini, nun di dalam kawasan bukit di dalam kebun getah, terdapat satu lokasi  tersembunyi yang juga sedang di angkat naik oleh penduduk. Kalau dulu batuan di kebun getah  mungkin dianggap sebagai pembawa masalah(tiada nilai ekonomi, menghadkan kawasan tanaman dll) dan kini mereka menukar masalah kepada riadah. Batu-batu ini berada pada lokasi yang tinggi boleh mewujud satu panorama indah. Beberapa struktur dibina untuk pengunjung bersantai. Lokasi ini ialah Pho Hin Ngam (โพธิ์หินงาม) (N7.02302° E100.58935°) yang terletak ± 2 km ke Selatan dari lokasi Ban Hin Kliang.


Layan Gambar di Ban Hin Kliang & Pho Hin Ngam

Ban Hin Kliang: Buaian di Entrance

Ban Hin Kliang: Pepatung dari jerami

Ban Hin Kliang: Pepatung berbentuk tikus di jalan masuk ke pelantar

Ban Hin Kliang: pot berswafoto

Ban Hin Kliang: MERAIKAN KEJAYAAN - bersama student sebuah universiti tempatan

Ban Hin Kliang: Rumah Pokok

Ban Hin Kliang:  Pandangan rumah pokok dari udara

Ban Hin Kliang: merentas bendang

Pho Hin Ngam: dicelah batu

Pho Hin Ngam:  ada kerusi berehat

Pho Hin Ngam:  dihujung tebing

Pho Hin Ngam:  di bawah sawah kini ada cafe baru dibuka

Pho Hin Ngam:  Di atas batuan curam

Pho Hin Ngam:  pandang udara

Imbangan: Terbalik kuang

2 comments:

  1. Assalamualaikum... tempat ni kat area mana ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. KLIK Google Link di atas .. direct bawa ke lokasi tersebut ...

      Delete