Thursday, September 27, 2018

Bo-it beach: Tenang Di Pantai Yang Lengang

Tarikh : 09 September 2018
Misi     : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 04   
Lokasi : Bot-it Beach, Ko Teao, Songkhla, Thailand
Jarak   :
Coordinate : N7.11547° E100.66434°
Google Link: https://goo.gl/maps/SinKo5bzC5t
 

Bersambung ….. DAY 04

20180909_093906

Selepas Sathing Pra, kami bermalam di sebuah chalet berhampiran Muang Ngam Beach(KLIK), daerah Singhanakhon Songkhla. Kawasan ini komonitinya adalah muslim, jadi tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal.

20180909_095137

Tebing penahan ombak sepanjang 200 meter dan selebar 4 meter

Selepas sarapan kami menuju ke satu pantai yang terletak ± 14km ke selatan Songkhla. Dikenali sebagai Bo-it beach (ชายหาดบ่ออิฐ) dan terletak dalam perkampungan nelayan di Ko Taeo, Songkhla. Berada dalam komuniti muslim yang memudahkan untuk menjamu selera dan beribadah. 

Pantai yang agak sepi dan tenang. Setenang lautnya, begitu juga keadaan tempatnya, lengang. Sesekali menjadi tumpuan penduduk yang melarikan dari keriuhan pantai Samila. Lautnya yang jernih dengan pantai yang puteh. Ombak yang ganas ditenangkan dengan beting penahan ombak. Lengkongan pantai oini bagaikan tanjung dan ia membahagikan 2 bahagian pantai. Sebahagian adalah tempat berlabuh bot nelayan dan sebahagian lagi sesuai untuk berenang dan bersantai. Legkongan ini juga menjadi tarikan kepada jurufoto yang menjadikan ia sebagai subjek. Lebih menarik, kini ada tangga berwarna didirikan untuk memanjat tebing batu penahan ombak. Tebing ini  sepanjang ±200 meter dan selebar ±4 meter.

DJI_0761

Selepas itu kami menuju ke Ban Hin Kliang (N7.03474° E100.58980°) untuk melihat satu kawasan bendang yang dijadikan sebagai kawasan rekreasi. Kawasan ini masih dalam pembinaan. Tidak banyak yang boleh kami terokai di sini kerana kayu pelantar dan banyak binaan masih belum siap sepenuhnya. Sebelum balik kami singgah ke sebuah cafe (N7.02861° E100.57936°) di kawasan bendang yang mula diviralkan

20180909_111719

Selepas gelincir matahari, kamipun bertolak balik ke rumah …..

GAMBAR DI SEKITAR BO-IT BEACH dan kawasan berhampiran

20180909_094159-horz

Pantai yang membentuk keluk .dikiri sesuai untuk mandi manda dan di kanan tempat bot berlabuh

20180909_095726-01

Teduhan di pantai Bo-It … boleh parkir kereta di sini dan buka bekalan

DJI_0763

20180909_104153-horz

Ban Hin Kliang – ketika kami sampai masih belum sempurna pembinaan

No comments:

Post a Comment