Tarikh : 07 September 2018
Misi : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 2
Lokasi : Ban Sampaothai, Phatthalung, Thailand
Jarak :
Coordinate : N7.71134° E100.11111°
Google Link: https://goo.gl/maps/9PGXh4Yamj82
Sambungan ….
Dari Napokae kami menghala ke Phatthalung untuk mencari tempat berehat bagi mengembalikan kesegaran dan memilih untuk menginap di Mountain View Guest House.(N7.62563° E100.08845°) Sebuah guest house yang selesa dengan harga THB600 sebilik. Biliknya luas dilengkapi dengan penghawa dingin, TV, wifi, peti sejuk dan kolam renang. Tuan punya juga sangat mesra dan mahir bertutur English. Bagiku penginapan sebegini sangat sesuai untuk kami sekeluarga.
Kami lelap seketika untuk memulih tenaga, petangnya kami keluar ke Sampaothai dan sebahagian anak-anakku menghabiskan masa di kolam renang.
สำเภาไทย SAMPAOTHAI adalah salah satu tarikan terbaru di Phatthalung. Terletak di Ban Sampaothai iaitu lebih kurang 14km ke timur laut Phatthalung. Ia terletak berhampiran jalan utama dan meluas hingga ke kawasan sawah padi dengan keluasan ± 4 ekar (10 rai). Sebelum memasuki kawasan sawah padi yang menjadi identitinya dan Phatthalung amnya, kita akan melalui kawasan tanaman sayuran dan ada buah-buahan tergantung di atas kepala di laluan simen yang tersedia.
Ia adalah kawasan sawah padi yang diberi nafas baru. Chalet dan restoran dibina, ikan dipelihara. Ikon utamanya adalah replika kapal yang masih dalam pembinaan ( ada cerita tersendiri ). Ada pelantar kayu dibina merintangi sawah dimana kita boleh berjalan di atasnya hingga ke penghujung (ada sungai kecil). Beberapa pot swafoto menarik tersedia seperti buaian, titi buluh, tangkoi dan lain-lain lagi. Ia juga adalah lokasi yang sesuai untuk mempelajari dan menghayati kehidupan sebagai petani di sini.
Bayaran masuk adalah PERCUMA ( buat masa ni… ) dan ia dibuka setiap hari dari jam 8:00am - 07:00pm
Terdapat ± 4 unit chalet berkembar dan chalet berteres dibina di dalam kawasan bendang yang boleh disewa dengan harga ± THB1200.00 seunit.
LAYAN GAMBAR DI SAMPOATHAI ……
ada tanaman organik di sepanjang jalan masuk menuju ke bendang
Duduk di dalam tasik berlatarkan ‘lambang’ Sampaothai
Buaian di atas tasik
Di dalam tasik ini ada beratus ikan talapia merah yang besar
Gerbang ke Chalet
Menikmati pemandangan sambil bermain chongkak
Air pancut : – boleh nikmati kopi di atas tasik ini
beberapa bangunan sedang dalam pembinaan
Pelantar kayu merentasi sawah ladang menuju ke sungai
Titian buluh
Buaian di bawah pohon
Buaian di dalam bendang (sawah)
Pautan Kembara Berkaitan
1. Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2. Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3. Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall
4. Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5. Phatthalung: Agrotourism @ Sampaothai
6. Phatthalung: Day 03 – Khao OK Thalu
7. Phatthalung: Menelusuri Tasik Songkhla
8. Phatthalung: Khamngiang: Pulau Kecil Terpencil Di Tasik Songkhla
9. Phatthalung: Day04 – Bo-It Beach
No comments:
Post a Comment