Wednesday, September 12, 2018

Had Thong Resort: Resort Tersorok Di tepiaan Tasik Songkhla

Tarikh       : 06 September 2018
Misi          : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 1
Lokasi       : Pak Phayun, Phatthalung, Thailand
Jarak        : 170 km
Coordinate:  N7.40379° E100.25276°
Google Link: https://goo.gl/maps/tAQvRpnXqmR2

Cuti Hari Keputraan KDYMM Sri Paduka Baginda Yang Dipertua Agung pada 09/09/2018(Ahad) dan seterus cuti awal Muharram pada 11/09/2018 menjadikan cuti yang panjang (Cuti Jumaat dan Sabtu di Kedah) maka pasti ramai pelancong anda berpusu-pusu masuk ke Thailand. MAKA aku mengambil keputusan untuk masuk ke Thailand pada hari Khamis dan setelah mengambil anak-anak aku disekolah, jam 3.30 petang kami bertolak ke sempadan, Walaupun sudah mula kelihatan beberapa orang pelancong tetapi urusan imigresen berjalan lancar. Usai urusan imigresen, kami tukar duit dan topup di kedai berhampiran (kedai ini sudah dibuka pada jam 6.00am(waktu Thailand)). Kemudian kami singgah di kedai LAKSA BERWARNA(Klik) untuk menikmatinya sebelum meneruskan perjalanan

Cuti ini, aku membawa familiku ke Phatthalung. Memandangkan waktu sudah lewat petang(6:00pm) maka, aku mengambil keputusan untuk bermalam di kawasan pinggiran Tasik Songkhla dan terus ke pekan Pak Phayun. Kami singgah untuk makan Tom Sup dan sambil-sambil tu aku mencari lokasi resort menerusi apps dan bercadang untuk bermalam di Hadthong Resort. Bagi mengelak kesukaran mendapat makanan, aku tapau’ pulut ayam dan somtam buat bekalan makan malam nanti. Pulut ayam disini (N7.35284° E100.32705°) memang sedap (aku pernah beberapa kali ke sini sebelum ni). Suami penjual pulut ayam ni boleh bercakap Jawi (melayu) kerana dia berasal dari Yala manakala isterinya tidak dapat bertutur dengan baik.

Kami check in di Had Thong Resort pada jam 7.10pm dan mengambil sebuah bilik (Famili Room) – nasib baik mereka benarkan kami 7 beranak tinggal sebilik tanpa ambil extra bed) dengan harga THB1,000.00. Untuk makluman, kalau perjalanan berkeluarga kami sentiasa bawa bantal dan toto. Bilik yang agak besar dengan 2 buah katil King size.

Had Thong Travel & Resort (N7.40379° E100.25276°) terletak ± 15km ke barat Pak Phayun. Ia terletak sedikit ke dalam dari jalanraya dan berada di hujung tanjung kecil ditepian Tasik Songkhla dengan persekitaran yang menarik. Ia dimiliki oleh pengusaha China iaitu Asia Hotels Group (aku tanya samada ia dimiliki oleh Asia Hotel Langkawi dan penyambuit tetamu tidak tahu… ). Ia mempunyai 50 bilik berhawa dingin dan bertaraf 3 bintang. Bilik kami di bangunan utama (2 tingkat) dan ada rumah dengan 2 bilik berkembar diatas bumbungnya yang terbuka dan boleh naik untuk bersantai. Ia mempunyai restoran dan kemudahan wifi namun kami ragu-ragu untuk menikmati makanan disini(nasib baik tapau makanan tadi). Kawasan berdekatan resort ini kebanyakan adalah muslim.

Esoknya kami check out jam 7.00 pagi (waktu Thai) dan sekali lagi singgah di pantai berdekatan untuk menikmati suasana tasik berdekatan resort ini.

Layan Pemandangan sekitar resort ini:-

Bilik berkembar harga rasanya THB700 satu unit

Yang syoknya di atasnya boleh sembang sambil nikmati suasana tasik

Yang ni mahai

Perkhidmatan bot disediakan

Layan suasana tasik di waktu petang

Melihat bot nelayan keluar mencari rejeki

Santai di halaman resort

sebuah pantai Berdekatan Resot

Ada tasik yang menghijau



Pautan Kembara Berkaitan
1.
Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2.
Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3.
Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall
4.
Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5.
Phatthalung: Agrotourism @ Sampaothai
6.
Phatthalung: Day 03 – Khao OK Thalu
7.
Phatthalung: Menelusuri Tasik Songkhla
8. Phatthalung: Khamngiang: Pulau Kecil Terpencil Di Tasik Songkhla
9. Phatthalung: Day04 – Bo-It Beach

No comments:

Post a Comment