Tarikh : 08 September 2018
Misi : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 03
Lokasi : Phatthalung, Thailand
Jarak :
Coordinate :
Google Link:
Sambungan ….
Selepas turun dari Khao OK Thalu, kami ke kedai makan di pekan Phatthalung untuk bersarapan dan seterusnya menghala ke timur. ± 14km kami melihat ladang bunga matahari di pusat penyelidikan pertanian Phatthalung. (N7.58005° E100.16400°) Kelihatan bunga matahari sedang berkembang dan kami tidak melepas peluang untuk bergambar. Di sini juga ada penyelidikan tentang pokok teratai. Dan berdekatan kawasan pejabat ada binaan ditepian tasik yang menarik dan kami singgah seketika untuk bergambar.
Kami meneruskan perjalanan dan singgah ke suatu lokasi berdekatan Chong Ke beach (N7.48970° E100.21104°) yang terletak di Chong Thanon, Phatthalung. Ia menjadi kawasan restoran. Disamping menjamu selera, dapat jua menjamu mata menikmati pemandangan tasik Songkhla.
Selepas itu singgah ke Ban Na Pha Ko (N7.46622° E100.22487°). Ia adalah kuala yang menemukan 2 batang sungai (Khlong Ma Khop Kang dan Khlong Thap Quan). Kelihatan seperti tempat ini dijadikan sebagai floating market. Tempat yang cantik ini dibangunkan sebagai kawasan untuk beriadah dan dijadikan sebagai lokasi sambutan Loi Khratong, Songkhran dan lain-lain lagi. Tetapi singgahan aku ke sini adalah untuk melihat sepohon pokok asam tua yang menjadi simbol penyatuan dan harmoni. Pokok ini berusia lebih dari 200 tahun dan berukur lilit ±3 meter dan setinggi ± 40 meter. Pokok ini di bawah pengawasan pusat pentadbiran daerah Na Pha Ko.
Di bawah pohon Asam yang menjadi simbol harmoni di Na Pha Ko
Pautan Kembara Berkaitan
1. Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2. Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3. Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall
4. Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5. Phatthalung: Agrotourism @ Sampaothai
6. Phatthalung: Day 03 – Khao OK Thalu
7. Phatthalung: Menelusuri Tasik Songkhla
8. Phatthalung: Khamngiang: Pulau Kecil Terpencil Di Tasik Songkhla
9. Phatthalung: Day04 – Bo-It Beach
No comments:
Post a Comment