Misi : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 2
Lokasi : Khuan Khanun, Phatthalung, Thailand
Jarak :
Coordinate: N7.73596° E100.04421°
Google Link: https://goo.gl/maps/41FoWFfsHov
Sambungan ….
Dari Pa Phayom kami mengahala balik ke arah pekan Phatthalung (± 43 km) menuju ke lokasi seterusnya.
Napokae Learning Centre. ศูนย์การเรียนรู้ นาโปแก ควนขนุน kini adalah antara tarikan pelancong ke Phatthalung. Ia adalah sebuah agrotourism yang berinformasi tentang pertanian berasaskan padi. Napokae bermakna ‘sawah padi warisan leluhor ‘ (aku terjemahkan secara bebas), terletak di Khuan Khanun lebihkurang 19km ke utara pekan Phatthalung. Ia diusahakan oleh penduduk kampung di atas tanah seluas ± 4 ekar.
Pada pintu masuknya kita akan melihat replika kerbau besar dari jerami, menunjukkan betapa pentingnya kerbau membantu kehidupan petani di sini suatu masa dahulu. Kita akan merentas kawasan sawah padi sambil meniti di atas pelantar kayu yang disediakan, sambil melalui bahagian tertentu(menyediakan demontrasi dan sebagainya) dan disulami dengan pondok berehat dan pavillion yang menjual makanan/minuman, barangan penduduk berasas pertanian dan lain-lain lagi.
Pelancong akan didedahkan tentang cara kehidupan petani dalam mengerjakan sawah padi bermula dari penanaman, membajak (dengan menggunakan kerbau), menuai dan menghasilkan beras dari padi. Ada juga sudut demontrasi dimana pelancong boleh mencuba cara penanaman padi secara traditional,menumbuk padi menggunakan lesong dan lain-lain lagi.
Sangat berbaloi ke sini untuk kembali menyaksikan kaedah lama yang dipratikkan petani dalam penanaman padi, menambahkan pengetahuan dan menikmati keindahan kawasan sawah padi.
Terdapat juga homestay yang boleh disewa dengan kadar THB1,500 hingga THB1,800 sebilik, disertakan sarapan pagi
Masuk adalah PERCUMA dan Ia dibuka setiap hari :
08:30 - 17:30 - Isnin – Jumaat
08:00 - 18:30 : Sabtu & Ahad
Nota: Pelancong boleh menyewa payung kayu comel berwarna ranggi (untuk bergambar) di pintu masuk dengan harga THB20 sahaja
LAYAN GAMBAR & Lokasi
Pelantar pejalan kaki dibina mengelilingi kawasan sawah padi ini
Pot bergambar
Tangkoi – peralatan traditional
meniti di titian kecil sambil berposing
untuk ke pavillion tinggi
Ada beberapa chalet yang boleh disewa
Bahagian pemprosesan padi
payung kecil ranggi untuk bergambar ada tersedia
laluan ke Chalet
Nostalgia ..!
1. Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2. Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3. Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall
4. Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5. Phatthalung: Agrotourism @ Sampaothai
6. Phatthalung: Day 03 – Khao OK Thalu
7. Phatthalung: Menelusuri Tasik Songkhla
8. Phatthalung: Khamngiang: Pulau Kecil Terpencil Di Tasik Songkhla
9. Phatthalung: Day04 – Bo-It Beach
No comments:
Post a Comment