Tarikh : 08 September 2018
Misi : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 03
Lokasi : Phatthalung, Thailand
Jarak :
Coordinate : N7.62543° E100.09119°
Google Link: https://goo.gl/maps/kXjHsWktEat
Sambungan …. DAY 03
Pekan Phatthalung berlatarkan sebuah bukit yang menjadi ‘lambang’ wilayah Phatthalung. Bukit batu kapur setinggi ±250 meter yang berdiri di atas tanah pamah. Bukit ini memanjang dari Selatan ke Utara sejauh ± 2 km dan lebar ± 1km. Dipuncaknya kelihatan lubang tembus seluas 10 meter dan terdapat rantaian gua-gua batu kapur yang dipenuhi dengan stalagmite dan stalactite.
Bukit ini dinamakan Khao OK Thalu (เขาอกทะลุ) dan penduduk tempatan mempercayai ia adalah tempat yang suci. Ia juga mempunyai nilai sejarah kerana ada penemuan barangan purba di era Srivijaya (abad ke 12 – 13) dan pihak kerajaan (The Fine Arts Department) telah mengeluarkan gazet (Royal Gazette Vol. 52, No. 72, December 8, 1935.) dan juga mengistiharkan sebagai ‘natural resources’ dan perlu di pulihara pada pada 07 November 1989.
Penginapan kami dari OK Thalu
Dari kediaman kami (Mountain view Guest) jaraknya hanya 50 meter sahaja dari kaki bukit ini. Seawal pagi kami semua mendaki anak tangga yang disediakan. Terdapat ± 1,066 anak tangga hingga ke puncak. Dipertengahan jalan ada cabang jalan dimana ke kiri menuju ke kuil berhampiran dan kanan naik hingga ke puncak. Disamping menikmati suasana segar dan menikmati panorama indah kita juga dapat melatih stamina. Memang penat juga woo nak habiskan anak tangga dan setelah ±40 minit akhirnya kami sampai ke puncak dan dapat melihat lubang besar ini . Dari lubang ini, jelas kelihatan pekan Phatthalung. Kini lubang ini di pagar untuk tujuan keselamatan. Di atas ini juga terdapat sebuah kuil. Suasana juga sejuk dan berangin ditambah angin sentiasa menerobos lohong ini. Alhamdulillah dapat jua kami menjejak ke atas puncak yang menjadi simbol atau ikon kepada wilayah Phatthalung.
Permulaan
1,066 anak tangga … jenoh tuoi laaa
Dipertengahan perjalanan .. berlatarkan pekan Phatthalung
pemandangan Dari atas puncak
Yaaa … sampai di puncak
Lohong seluas 10 meter yang menampakan pekan Phatthalung
Pautan Kembara Berkaitan
1. Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2. Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3. Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall
4. Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5. Phatthalung: Agrotourism @ Sampaothai
6. Phatthalung: Day 03 – Khao OK Thalu
7. Phatthalung: Menelusuri Tasik Songkhla
8. Phatthalung: Khamngiang: Pulau Kecil Terpencil Di Tasik Songkhla
9. Phatthalung: Day04 – Bo-It Beach
saya suka phatthalung. memang best suasana kampung jer ibu kota dia .orang dia pun ramah ramah..ok thalu tu tak sempat naik. ada anjing kat tangga hari saya pergi saya terus cabut lari haha..
ReplyDelete