Monday, September 10, 2018

Laksa Siam: Citra Warna & Rasa

Tarikh       : 06 September 2018
Misi          : Jalan-Jalan Cari Makan
Lokasi       : Sadao, Thailand
Jarak        :
Coordinate:  N6.64074° E100.42752°
Google Link:
 https://goo.gl/maps/YKMH2FNoMW72 

Selain Tom Yum, Thailand juga punya sajian lain yang agak popular iaitu Laksa. Secara amnya laksa siam berkuah lemak dengan tekstur laksanya lebih halus dan lembut. Walau terdapat pelbagai versi rasa dari setiap wilayah tetapi laksa buatan sendiri dari pemilik café ini, iaitu Puan Hasnah @ Shalada ada keistimewaan tersendiri. Cafénya yang terletak di Sadao menampilkan kelainan dengan memberi sesuatu yang baru kepada pelanggan. Ia popular dengan  laksa berwarna  (ditampilkan dengan warna biru, hijau, pink dan purple.)

Laksa buatan sendiri yang segar tanpa menggunakan pewarna tiruan atau bahan kimia. Laksanya diwarnakan dengan mengguna tumbuhan semulajadi. Untuk warna kuning beliau menggunakan kunyit, warna ungu dari bunga kacang telang, warna biru terhasil dari campuran kacang telang dan limau nipis, bayam merah dicampur lemon juice untuk warna pink dan lain-lain lagi.

Kuah memainkan peranan penting dalam menentukan kelazatan laksa tersebut. Selain kuah lemak, terdapat beberapa kuah lain seperti kuah ketam, kuah ala kengsom dan lain-lain lagi. Kuahnya memang lazat dan pekat. Ia adalah resepi turun temurun yang diwarisi dan neneknya yang mengusahakan laksa sejak 70 tahun lalu.

Laksa ini disertakan dengan ulaman seperti taugeh, daun selaseh, daun kesom, daun selom (kebanyakan ditanam sendiri), jeruk timun seperti somtam ditambah dengan telur dan ayam goreng ...perghhh... Aroiii.

Café ini mula dibuka sejak setahun lalu (Bulan Julai 2017) kini mula menerima ramai pelanggan tempatan dan pelancong Malaysia. Harga semangkuk laksa ini ± THB 49 dan bergantung kepada menu dan kuahnya

Katanya, proses memasak kuah laksa bermula seawal jam 9 pagi dan café mula dibuka pada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari kecuali hari ISNIN.

Dalam sehari, anggaran 14 kilo laksa dihasilkan dan kadangkala ia tidak mencukupi kerana kehadiran ramai pelanggan.

Selain laksa, café ini juga menyediakan lain-lain menu berasas laksa dan makanan popular Thai seperti tomyam, kengsom, somtam dan lain-lain lagi. Beliau sentiasa mempelbagaikan lagi menu dan mencari sesuatu yang baru bagi menarik ramai lagi pengunjung ke Cafénya.



Pautan Kembara Berkaitan
1.
Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2.
Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3.
Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall
4.
Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5.
Phatthalung: Agrotourism @ Sampaothai
6.
Phatthalung: Day 03 – Khao OK Thalu
7.
Phatthalung: Menelusuri Tasik Songkhla
8. Phatthalung: Khamngiang: Pulau Kecil Terpencil Di Tasik Songkhla
9. Phatthalung: Day04 – Bo-It Beach

No comments:

Post a Comment