Saturday, September 15, 2018

Namtok Nan Sawan: Pesona Air Terjun Kecil

Tarikh       : 07 September 2018
Misi          : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 2
Lokasi       : Khao Pu - Khao Ya National Park, Phatthalung, Thailand
Jarak        :  170 km 
Coordinate:  N7.89232° E99.78947°
Google Link:
 

Sambungai dari kisah semalam …  DAY 02 : Dari Pak Phayun ke Pa Phayom

Dari Had Thong Resort di Pak Phayun kami menuju ke arah Barat Laut menghala ke Pa Phayom (nama macam nak sama) sejauh ±170 km untuk sekali lagi mengunjungi sebuah air terjun kecil menawan. Kali ini debit air  berkurangan dan aliran air tidak menyeluruh dan hanya ada 3 aliran sahaja. Namun memang tak menjemukan ke air terjun ini walau berkali-kali datang.

Nan Sawan waterfall (น้ำตกหนานสวรรค์ ) adalah air terjun kecil yang cantik. Ia berada dalam Taman Negara Khao Pu - Khao Ya. ia berpunca dari aliran sungai kecil yang jernih airnya bermula dari empangan Huai Nam mengalir melalui batukapur berwarna kuning disini dan jatuh ke dalam kolam yang menghijau airnya bagaikan emerald, teduh dinaungi oleh pepohon sekitarnya. Kolam ini adalah kolam semulajadi (dalam juga oooii…) dan sesuai untuk mandi manda. Di hujung sana ada lagi air terjun kecil.

Kami tiba di sini ± jam 10:40 pagi (waktu Thailand). Semasa kami tiba, ada beberapa orang kanak-kanak sedang mandi manda dengan menggunakan pelampong yang boleh disewa dari tempat khas. Mereka riang gembira sambil melompot terjun ke dalam kolam. Aku juga tidak mahu ketinggalan, bersama anak-anakku, berenang menghampiri air terjun dan berusaha hingga berada di bawah air terjun ini (yeah… berjaya juga). Membiarkan anak-anakku mandi sepuasnya dan bermain dengan buaian yang tersedia di pokok berhampiran. Walaubagaimanapun aku sentiasa mengawasi mereka dan sentiasa memastikan mereka memakai life jacket.

LAYAN GAMBAR di AIR TERJUN INI

Air terjun ini berpunca dari sungai di atas ini dan jatuh ke kolam di bawah

Di belakang sana ada air terjun kecil lagi

Sebuah chalet berdekat .. ia terletak di tepi sungai

Laluan menarik turun ke sungai dari chalet ini

sungai yang jernih airnya

Terapi bunyi … berehat di atas pelenggar sambil menghayati alam dan bunyi

Ketika aku datang di musim hujan, Debit air yang banyak dan air keruh


Pautan Kembara Berkaitan
1.
Phatthalung: Laksa Warna @ Sadao
2.
Phatthalung: Day 01 – Had Thong Resort
3.
Phatthalung: Day 02 – Nan Sawan Waterfall
4.
Phatthalung: Mempelajari Sejarah Padi Di Napokae
5.
Phatthalung: Agrotourism @ Sampaothai
6.
Phatthalung: Day 03 – Khao OK Thalu
7.
Phatthalung: Menelusuri Tasik Songkhla
8. Phatthalung: Khamngiang: Pulau Kecil Terpencil Di Tasik Songkhla
9. Phatthalung: Day04 – Bo-It Beach

No comments:

Post a Comment