Monday, September 24, 2018

Khamngiang: Pulau Kecil Terpencil Di Tasik Songkhla

DJI_0754
Tarikh : 08 September 2018
Misi    : Cuti Famili ke Phatthalung – Day 03
Lokasi : Sathing Pra, Thailand
Jarak  :
Coordinate : N7.53142° E100.37962°
Google Link:
https://goo.gl/maps/Ci85GkV3TxB2
Bersambung ……
Lintasan dan gambaran pulau ini telah ‘diilhamkan’ kepadaku olehNya. Maka berusahalah aku mencari dan mengenalpasti lokasi. Hasil godekan dari Garmin dan Google maps telah membantu aku mengenalpasti kemana harus aku mulai.
Dari Phatthalung, aku menghala ke Sathing Pra (sambil berdoa semoga dipermudahkan perjalanan kami dan berjumpa dengan pulau ini). Aku mengikut ‘gerak hati’ yang mendorong aku menuju ke Khu Khut Bird Watching Park (N7.46259° E100.41152°). Sampai di sini dalam jam 1.20 tgh, aku terpinga-pinga untuk mencari arah. Aku ‘diamkan’ diri seketika, niat agar didorong ke arah penyelesaian. Kemudian aku menuju ke sebuah restoran (tujuan utama nak beli mineral water) dan disitu aku disapa oleh seorang wanita (pelayan kedai) lantas aku bertanya tentang lokasi pulau ini. Mulanya beliau memaklumkan bahawa aku perlu menuju ke utara lagi iaitu ke Khlong Ri, tiba-tiba seorang operator/pemandu bot (long boat) muncul dan pelayan wanita tersebut bertanyakan kepada lelaki tersebut dan setelah berunding beliau sanggup untuk membawa kami ke pulau ini dengan bayaran THB400.00 (satu bot). Sementara menunggu beliau membawa bot ke jeti, kami bersiap dengan bekalan dan membeli air mineral untuk dibawa bersama (maklumlah belum makan tengahari lagi dan kebetulan bekalan pulut ayam yang dibeli di Phatthalung masih ada). Untuk makluman, kedai makan disini operatornya bukanlah muslim.
Untuk makluman Khu Khut Wildlife Santuary atau Songkhla Lake Wildlife Sanctuary telah diistiharkan sebagai non hunting area pada 13 April 1975. Ia adalah the largest waterfowl park in Asia dengan keluasan ± ​​227,916 rai (365 square kilometers) yang meliputi Wilayah ​​Songkhla, Rattaphum, Sathing Phra dan sebahagian Pak Phayun Phatthalung.  Di kawasan ini terdapat banyak pulau-pulau kecil dan dipenuhi dengan rumput paya yang menjadi tempat yang sesuai untuk unggas paya dan hidupan aquatik. Terdapat 44 spesis burung dikenalpasti di sini dan beratus spesis ikan dan hidupan air. Ada burung yang menjadikan kawasan ini sebagai singgahan dan kawanan burung lebih jelas nampak antara Disember – April.
Kami bertolak dari jeti (N7.46256° E100.41143°) pada jam 1.55pm. Kami menelusuri kawasan tasik ini dengan bot sejauh ± 8km, meredah tasik yang jernih airnya tetapi cetek (aras pinggang ja). Melintasi beberapa pulau dan samun kecil dan akhirnya nampaklah Pulau yang dikenali sebagai Khamngiang @ Tham Yang (เกาะคำเหียง) (N7.53142° E100.37962°) . Pulau kecil ini sepanjang ±200 meter dan selebar 90 meter dengan ketinggian tidak melebihi 30 meter. Ada jeti yang tersedia dan Ia seperti bukit kecil yang puncaknya boleh didaki. Kami mendaki hingga ke puncak dan dari atas dapat saksikan ‘sayup’ lautan tasik Songkhla. Ada trail mengelilingi pulau ini dan tali keselamatan dipasang di lokasi curam. Di kaki bukitnya ada gua kelawar dan dimuka gua ada tirai hasil dari juntaian akar pokok.
Semasa hendak balik kami melihat sebuah bot menghampiri jeti dan rupanya mereka adalah krew dari Channel 7 yang sedang membuat liputan tentang pulau ini. Mereka turut menemuramah aku dan bertanyakan pandanganku tentang pulau ini. Dan selepas itu ada feri datang menghampiri jeti. Ia (feri ini adalah servis dari Khlong Ri) adalah perkhidmatan menelusuri Tasik Songkhla.
LAYAN GAMBAR DI PULAU INI ….
Di trail head (atas pulau)
Dipertengahan trail
di jeti pendaratan di pulau
sebelum memulakan hiking
bagaikan tirai
antara view point di atas bukit ini
Di muka gua berlatarkan tirai akar
Feri dari Klong Ri
Video di Pulau kecil ini

2 comments: