Thursday, December 05, 2019

Scoliosis: Prosedur Penjajaran Spinal

Tarikh      :  05/11/2019
Lokasi       :  Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Malaysia

Dalam tahun 2016, anak kelimaku Nur Sakinah pernah memberitahu ibunya bahawa beliau dimaklumkan oleh doktor yang melakukan pemeriksaan disekolah bahawa beliau mungkin menghadapi masalah tulang belakang. Kami memandang ringan peringatan ini dan tidak mengambil peduli kerana anak kami aktif seperti biasa dan tidak pernah mengadu sakit belakang atau sebagainya. Hinggalah pada tahun 2018, kami menyedari belakangnya semakin membengkok dan seterusnya kami membawa berjumpa doktor pakar tulang di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Setelah menjalani berbagai pemeriksaan dan kaunseling, akhirnya kami nekad untuk menjalani prosedur Spinal Fusion Implantation atau pembedahan pembetulan tulang (Adolescent Idiopathic Scoliosis (AIS) hari ini dan Alhamdulillah selesai dan selamat pada jam 7:30 petang.

14 Skru Titanium ditanam di tulang belakangnya dan 2 rod untuk melaras dan membetulkan tulang

Pembedahan yang dikategorikan sebagai  'major' (> 7 jam gak dalam OT) bagi menjajarkan semula tulang belakangnya yang membengkok dari T6 - L3 (Cobbs angle: ± 50.7 degree - hump on right). Tampak dalam X-Ray tulangnya membengkok seperti huruf 'S'

Kaedah implant dan bone graft digunakan yang melibatkan proses menanam skru (titanium) di tulang belakang bagi membetulkan tulang kepada keadaan hampir normal.

Proses peyembuhan yang memakan masa selama  sebulan dan terpaksa menjalani prosedur mencuci luka pembedahan (dressing) setiap hari selama 2 minggu dan seterusnya menjalani proses fisio terapi. Kini ia sudah boleh berjalan dengan betul dan tidak lagi merasa malu dan bongkoknya sudah tidak kelihatan. NAMUN beliau tidak digalakkan mengangkat barangan berat dan bersukan lasak.

Apa itu Scoliosis

Scoliosis ialah istilah perubatan yang merujuk kepada keadaan tidak normal di mana blok-blok tulang belakang(vertebrae) seseorang itu membengkok ke kanan atau ke kiri, dalam kondisi lain vertebrae tersebut boleh juga berpusing.

Scoliosis bukanlah satu penyakit sebaliknya merupakan satu istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan tulang belakang yang melengkung ke sisi secara tidak normal.

Scoliosis biasa berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan awal remaja tetapi JIKA tidak mendapat pengesanan di peringkat awal serta rawatan yang betul, ia akan memberi kesan lebih serius dan mendatangkan komplikasi yang teruk untuk jangka masa panjang serta menjadi rumit dalam perawatan.

Jika dilihat pada x-ray dari sudut hadapan, tulang belakang seorang pesakit scoliosis akan membentuk lebih kepada huruf ‘S’ atau pun ‘C’ berbanding bentuk lurus pada orang normal.

Barangan dan kos

Selepas pembedahan, hari ke-2 tiub morphin dibuang dan berjaya menahan kesakitan

Rakan-rakan yang menziarahi



No comments:

Post a Comment