Lokasi: Pusat Kraf (Perkampungan Budaya Terachi), Tanjong Ipoh 71500, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Coordinate: N2 44.764 E102 08.960
Terletak kira-kira 35 kilometer dari Seremban di laluan utama Jalan Seremban-Kuala Pilah dalam kawasan Tanjong Ipoh, Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Restoran Warisan mempunyai keunikan tersendiri. Ia menyajikan makanan tradisional Negeri sembilan, sajian Melayu dan makanan ala Thai yang enak. Persekitaran yang dikelilingi oleh sawah padi yang mengasyikkan pasti membuat selera terbuka. Sambil menjamu selera dapat jua menjamu mata.
Restoren ini di buka dalam bulan Oktober 2009 dan terletak dalam kawasan Perkampungan Budaya Terachi. Perkampungan ini dibina dalam tahun 1996 menggunakan binaan ‘ala kampung’ dan dinaiktaraf ke bangunan dalam tahun 1998. Tidak tahu puncanya , KINI perkampungan budaya terbiar tidak berfungsi.
Menu yang dihidangkan adalah dari warisan turun temurun yang diwarisi daripada ahli keluarga pemilik Restoren ini seperti masak lemak cili api. Kami memilih nasi yang dihidangkan dengan masakan lazat berikut yang menjadi sebahagian dari keistimewaannya iaitu:-
- Masak Tempoyak daun kayu
- Rendang Ayam
- Sambal Tumis Sotong
- Kambing Bakar beserta air asam
- Ulam-ulaman dan sambal belacan
- Ikan masin bulu ayam
- Kuih sepang
Katanya air minuman yang sering menjadi pilihan pengunjung tempatan ialah air janda pulang yang menggunakan air kelapa dicampur dengan gula.
Restoran Warisan dibuka seperti berikut: -
- Ahad – Khamis jam 12 tgh - 11 mlm
- Jumaat – Sabtu jam 12 tgh – 12 tgh mlm
Untuk tempahan atau pertayaan sila hubungi:-
06 – 488 9026 / 012 – 2101 356
Menjamu mata dan selera. Restoren yang dikelilingi oleh sawah padi
Hidangan yang dijamu
Tempoyak daun kayu
Kuih sepang. Rasanya seperti ketayap
No comments:
Post a Comment