Coordinate: N6 08.452 E100 21.349
Aku memang suka juadah ala arab. Nasi adalah makanan ruji dan kambing adalah kesukaanku (ni penangan Mandy Kambing/Kibash di Mekah tempohari .. dah jadi ketagih). Dalam seminggu sekurang-kurangnya sekali aku akan menikmati Nasi Arab Kambing. Antara pilihan aku untuk menikmati makanan ini ialah di Restoren Beryani Abu Amir yang terletak di :-
No. 142, Jalan 8, Kompleks Shahab Perdana 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman |
Ia terletak di belakang deretan kedai. Untuk ke sana carilah komplek Shahab Perdana iaitu perhentian bas utama di Alor Setar.
Namapun restoren beryani, maka menu utamanya tentulah nasi beriyani, walaubagaimanapun hidangan lain ala Arab seperti roti juga disediakan. Beriyani ini tidak sama seperti Beryani Gam atau yang di kedai mamak. Nasinya yang ‘seroi’ dimasak menggunakan beras Basmati yang panjangggg dan dihidangkan dengan Kambing/Ayam dengan pes tomato, salad sayur/kobis dan sup kambing. Makan nasi sajapun dah sedap. Tidak hairan anak-anakku makan nasi ini begitu sahaja. Nasi Beryani dipercayai berasal dari Iran. Para pedagang dan pelancong Iran secara tidak langsung memperkenalkan masakan nasi Briyani merentasi banyak benua tetapi kemasyhurannya lebih di India
Restoren ini dibuka dalam tahun 2009. Ianya dimiliki oleh seorang pengusaha tempatan iaitu En. Abdul Hamid Bin Mohamed @ Ahmad. Kini restoren ini semakin berkembang dan menyewa satu lagi pintu yang berkembar dengan kedai sediada. Dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 11.00 malam kecuali hari Jumaat yang dibuka selepas Solat Jumaat iaitu dari jam 2.30ptg hingga 11.00 malam.
Untuk tempahan bolehlah hubungi:-
- 017-6604 966 – En. Marwan
019-6919 520
Catatan Restoran Makanan Arab Di Alor Setar:
Di laluan masuk utama, lorong kedua belok kiri dan selang 2 blok, belok kanan
Restoren ini dirasmikan oleh MP Pokok Sena pada Hari Buruh 2010
hmmm… nasinya banyak, dagingnya lembut
Menu yang disedia dan senarai harga
Free WIFI dan tempat makan secara bersila
Meja makan yang luas dan selesa
No comments:
Post a Comment