Tuesday, May 29, 2012

Bukit Kiara: Beraksi Diredup Pagi

IMG_9654

Tarikh  :  Jumaat, 25 Mei 2012 
Lokasi  :  Taman Lembah Kiara, Kuala Lumpur
Rider    :  8 orang

Pakej kunjungan ke Trek Kiara diatur oleh saudara Md. Nasrun. Aku belum pernah mengayuh disini cuma pernah datang melayan mata sahaja. Seusai solat asar hari khamis kami bertolak secara berasingan dan bertemu di R & R Sungai Buloh untuk merehatkan badan dan melelap mata menanti fajar Jumaat menyinsing. 

Seawal jam 8.00 pagi kami sudah berada di tempat letak kereta Taman Lembah Kiara. Biasanya awal pagi ini ramailah pengunjung melakukan riadah pagi seperti berjoging. Kami memulakan kayuhan mengikut laluan Margic Carpet dan seterusnya berehat dipondok jaga No. 2 sebelum mengambil laluan 2K songsang. Kemudian ke Apollo Trail. Hujan yang turun melicinkan trek ini terutama di laluan yang dipenuhi  akar-akar pokok. Di apollo trail ini beberapa rakan telah terjatuh akibat kelicinan. Alhamdulillah tidak ramai orang di Trek pada hari ini membolehkan kami melayan dengan rakus laluan di sini dan mengulang sebanyak 2 kali. Sebelum menamatkan kayuhan kami mendaki ke Shaolin dan seterusnya mengakhiri ke trail Flinstone’s playground dan Rock Garden.

Trek Kiara memang menarik, ianya redup lagi teduh. Laluannya lengkap dengan singletrack, switchback, drop, pendakian dan lagi ……. Tidak hairanlah ramai rakan-rakanku meletakkan trek ‘Kiara’ sebagai penanda aras. Aku berharap semoga kehijauan landskap hutan di sini terus terpulihara.

Gambar di FACEBOOK

IMG_9611

7 orang yang beraksi di Kiara.

IMG_9617

Yaman & Cikgu Wan

IMG_9632

Menciluk

IMG_9638

kona patah

IMG_9641

Haji Zaim Banshee memang teruja dengan Trek ini

IMG_9649

Drop di Apollo

IMG_9663

Alias D’Pallas – hardtail jer

IMG_9671

Girang

IMG_9675

Melompak di trek DH Kiara Domination

IMG_9681

IMG_9686

Tayar pancit akibat teruja di Rock Garden

IMG_9691

Pokok getah menghalang laluan pulak

IMG_9705

Petangnya mencuba trek DH @ Putrajaya

IMG_9718

No comments:

Post a Comment