Thursday, May 03, 2012

Bukit Tiang Layar: Mengeluh Di Puncak

IMG_9001

Tarikh  :  Selasa, 1 Mei 2012 
Lokasi  :  Bukit Tiang Layar, Jitra, Kedah 
Rider    :  8 orang    

Hari ini cuti sempena hari pekerja. Kesempatan diambil untuk meninjau trek baru. Berkumpul di kedai Alias D’Pallas kami memulakan perjalanan ke arah Perik dengan kehadiran 8 orang rider. Agak lewat kami memulakan kayuhan iaitu pada jam 8.20am. Kami meletak kenderaan diketinggian 60 meter di bekas tempat longgokkan balak.

Laluan ditrek ini banyak yang terhakis teruk oleh hakisan air dan beberapa laluan seperti tidak digunakan. Dibeberapa tempat, laluan dirintangi dengan tumbuhan renek. Kami mengayuh mendaki 2 puncak setinggi 120 meter dan 147 meter. Laluan ini mengingati aku akan Bukit Lebai Hussein yang aku pergi tempohari, ada ketikanya perlu menolak basikal kerana kecuramannya dan bagi yang mempunyai Fullsus, wow! kecuraman bukan satu masalah, bahkan bonggolan batu dan lurah-lurah air dilalui dengan selamberrr jer..

Walaupun jarak kayuhan pendek sahaja, namun terasa seperti jauh perjalanan dibuat. Penat letih, apa tidaknya kerana perlu mendaki bukit yang curam dan terdedah pada terik matahari. Kayuhan kami secara santai dengan membawa bekalan untuk makan di pondok di atas Bukit Tiang layar, namun aku berasa hampa kerana pondok yang dibina cantik  kini sudah tiada. Kemana? dan kenapa? itu persoalan yang bermain dimindaku…

Tidak sempat untuk ke Bukit Kesum bagi mengunjungi dusun & pondok Pak Ngah Shaari.

Lagi gambar di FACEBOOK

Bkt Tiang Layar

Elevation Bkt Tiang Layar

Dari kiri Mat Noor Paya Lanytau, Yus, Jas, Hashim,Along, Pudin, Ustaz Raja dan Nun.

Membelakangi bukit sekitar perik. Diketinggian 147m dari aras laut

Tudia… gantung nasik lemak di handle gerek

Hashim meluncur laju

Menikmati bekalan dipondok

Menanti rakan RB

No comments:

Post a Comment