Translator

Sunday, May 13, 2012

Get Together Ride @ CP3

IMG_9243

Tarikh  :  Sabtu, 12 Mei 2012 
Lokasi  :  Taman Tasik Darulaman, Jitra, Kedah 
Rider    :  37 orang

Team kami telah diminta  oleh pihak Majlis Belia daerah Kubang Pasu bagi menyediakan laluan untuk diadakan Jamboree. Setelah kami mengenalpasti laluan, maka pada hari ini aku menjemput rakan-rakan kayuhan untuk meramaikan event yang dikenali ‘Get Together Ride’ . Program menghimpunkan rider-rider sekitar Jitra yang juga disertai dari negeri Perlis, Sungai Petani dan Alor Setar bagi mencuba trek untuk Jamboree  disamping untuk memuktamadkan laluan dan memberi kefahaman kepada para marshall mengenai laluan dan langkahan untuk penyediaan prasarana yang bersesuaian.

Trek sejauh ±30 km sahaja yang melalui kawasan lereng Bukit Haji dan Bukit Payung yang juga dikenali sebagai Trek CP3(Dinamakan sempena Check Point 3 semasa Kedah Jamboree 2009). Rider akan dibawa melalui kawasan dusun, merintasi anak sungai, ‘charuk’, ladang Getah, Ladang Jati Bukit Perangin dan kembali ke laluan paip gas dan memasuki perkampungan KEDA, melalui kawasan padi yang menghijau sebelum balik ke Tasik.

Secara keseluruhannya trek ini boleh dilalui oleh kebanyakkan rider cuma dikawasan CP3 sedikit ‘tough’ terpaksa mendaki 2 bukit. Trek ini sering digunakan oleh Team Gerek Baru bagi melatih ahli baru.

Lagi gambar di FACEBOOK

CP3 Jamboree Majlis Belia

Elev CP3 MBN

Laluan masuk ke Kampung KEDA

Memasuki Laluan paip gas sebelum membelok ke kanan(berhampiran kandang kambing)

Laluan yang seronok di sini (mencabar fizikal)

Kawasan Bukit Perangin

Kebun Getah Alias

Balik semula ke laluan paip gas

Kampung KEDA

2 comments:

  1. Lawa permandangan trek....but aku mis together with d ride.....lawa view bg din...A++++++

    ReplyDelete
  2. Masih ada banyak masa lagi bahkan bukan setakat itu ada banyak lagi trek sekitar Jitra/Kbg Pasu, Insyaalah kita akan ke sana ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...