Tarikh : 26 – 28 April 2012
Lokasi : Hotel Darulaman, Jitra, Kedah
Rider : 7 orang
Trek : Bike Park dan CP3
Peserta: 30 Orang
Fee : Free
Kursus asas MTB ini adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah(JBSNK). Ia dihadiri oleh peserta dari setiap daerah dari Negeri Kedah. Aku diberi peluang untuk menjadi salah seorang fasilitator disamping saudara Nasron aka Lontruth saudara Ridzwan Aziz aka Wan Blitz dan saudara Alias D’ Pallas.
Kursus yang julong kali diadakan di Jitra secara tidak langsung memberi peluang kepada kami untuk melatih dan mendedahkan peserta mengenai teknik-teknik mendaki, DH, cornering, steps, pump trek, berm, dh on loose gravel dan lain-lain lagilah.
3 hari 2 malam peserta didedahkan mengenai teknik dan tips dengan beberapa sesi pembelajaran. Rasanya tidak rugi menghadiri kursus ini kerana ada juga sesi yang dikendalikan oleh oleh saudara Alias tentang teknik-teknik penyeleggaraan basikal yang secara tidak langsung dapat dipraktik waktu kecemasan dan dapat menjimatkan kos. Peserta juga diberi pendedahan untuk mempraktikkan apa yang diajar dengan dibawa ke trek sebenar iaitu ke CP3 bagi merasai suasana seperti Jamboree. Di sini segala apa yang di ajar perlu diterapkan. Peserta turut diiringi dan dibimbing oleh beberapa orang Team Jitra.
Upaca perasmian penutup dilakukan oleh Timbalan Pengarah JBSNK disamping menyampai sijil kepada peserta.
Disini aku mengambil peluang mewakili sahabat-sahabat fasilitator merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JBNS kerana memberi kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini dan berdoa semoga kursus ini dapat memberi menfaat sepenuhnya kepada peserta yang hadir.
Lagi Gambar di FACEBOOK(KLIK)
Bersama peserta
Teknik mendaki
Teknik penurunan
Shah Adam mencuba teknik yang lebih advanced
Cornering
switchback DH
Sesi pembelajaran mengenai penyelenggaraan yang dikendalikan oleh Alias D’ Pallas
Merah & Merah: Cikgu dari GBJ sedang meneliti teknik dan menguji kemampuan fork
Menggunakan teknik momentum untuk mendaki
Sijil penghargaan
Barisan peserta
No comments:
Post a Comment