Wednesday, May 23, 2012

Banjaran Bintang: Rehlah & Riadah–Bab Pertama

IMG_9330

Tarikh    :  18 – 20 Mei 2012 
Lokasi    :  Hutan Simpanan Bukit Bintang Kedah/Perak
Rider      :  10 orang 
             : Sumi, Man Bank Rakyat, Pudin, Alias, Cikgu Fisol, Zam, Amir, Din Merida, Pak Megat dan Adihariman

Coordinate:  N5 18.653 E100 47.082

3D2N Ulu Mahang Camping, Swimming & Biking trip. Ianya dianjurkan oleh saudara  Suheilmy Ahmad Isa aka Sumi. Pada penganjuran yang lalu aku tidak dapat bersama kerana terlibat dengan kayuhan Anak Mizi (9 April 2011). Perancangan yang diatur sejak hampir dua bulan yang lalu, maka demi kerana janji dan komitmen terhadap progam ini maka aku terpaksa berkorban dengan melepaskan tugas pengendalian acara Kubang Pasu CP3 Jamboree kepada sahabat-sahabatku pada 19 Mei 2012.

Kami berkumpul di kampung Sungai Rambutan, Selama, Perak pada jam 3.30pm.  Program kami bermula dengan bacaan doa selamat dan dihidangkan dengan jamuan(kenduri)  mee kuah(wow!). Setelah memuatkan barangan & bekalan(rasion) ke kereta Sumi manakala beg &  basikal kami pula dimuatnaikkan ke kereta Pak Megat, maka pada jam 5.15pm kami memulakan perjalanan memasuki Hutan Simpanan Gunung Bintang yang melalui jalan offroad(bakal menjadi laluan balak) yang agak mencabar dan sampai ke Base kem pada jam 6.50pm.

Kami bermalam di tapak bekas  stesyen Hidro Letrik yang dikenali sebagai ‘Rumah Api’ dikalangan orang kampung. Makan malam disediakan oleh penduduk tempatan sambil merehatkan badan untuk aktiviti keesokkan harinya pula.

Lagi gambar di FACEBOOK

Kulim - Ulu Mahang

Memuat barangan & basikal ke 4 x4

Ada kenduri plak

Nasib baik tiada hujan

Hidangan Malam : – makan sampai kenyang

No comments:

Post a Comment