Thursday, May 24, 2012

Banjaran Bintang: Rehlah & Riadah–Bab Kedua

Tarikh    :  18 – 20 Mei 2012 
Lokasi    :  Hutan Simpanan Bukit Bintang Kedah/Perak
Rider      :  10 orang 
             :   Sumi, Man Bank Rakyat, Pudin, Alias, Cikgu Fisol, Zam, Amir, Din Merida, Pak Megat dan Adihariman

Coordinate:  N5 20.389 E100 50.138
Elevation :  298 m         

NOTA: Banjaran Bintang menganjur dari Selatan Thailand dan menjadi sempadan antara negeri Kedah dan Perak.

19/05/2011 – Kami terpaksa memulakan kayuhan agak lewat(8.30am) kerana memberi laluan kepada gajah untuk beredar dilaluan(dimaklumkan bahawa orang kampung bersua dengan gajah semalam semasa mereka pulang dari menjala).

Kayuhan agak mencabar kerana terpaksa mendaki setinggi ±345 meter. Walaupun jaraknya hanya ±11km sahaja tetapi memang amat memenatkan terutama bermula pada km5. Kayuhan kepada kayuhan santai dengan menikmati alam dan panorama yang indah. memandangkan panas semakin terik maka kami bertekad untuk pulang selepas menikmati bekalan pada aras ketinggian 640m (dekat air terjun tah apa nama). Insyaalah lain kali kami akan meneruskan kayuhan sehingga ke Lawin(???) pula. Dimaklumkan bahawa kawasan ini akan dicerahkan untuk projek pembalakkan (kelulusan telah diberi)

Kayuhan kami diiringi oleh beberapa orang penduduk yang bermotosikal yang bertindak sebagai marshall dan sweeper. Perjalan pulang tentulah menarik..DH yang panjang dan Alhamdulillah tiadalah perkara tidak dingini berlaku.

Banjaran Bintang route map

Banjaran Bintang menganjur dari Selatan Thailand dan menjadi sempadan antara negeri Kedah dan Perak.

Elevation Banjaran Bintang route

Laluan keluar dari campsite

Dari Kiri: Pudin TTG, Amer, Alias D’ Pallas, Sumi, Din Merida dan Man Bank Rakyat

Diketinggian 380 meter

8 rider - Dari Kiri: Alias, Amir, Din Cikgu Fisol, Man, Pudin, Zam & Sumi

Teeedia tolakk

Sedarp menikmati bekalan

Lepas makan ..mandi pulak , sejuk sungguh ayiaq di sini

Tala balik

No comments:

Post a Comment