Acara : BUKIT GANTANG MOUNTAIN BIKE JAMBOREE 2012 (BGMBJ)
Tarikh : 3 Jun 2012 (Ahad)
Mula : 07.30 Pagi
Tempat Mula/Tamat : Dataran Bukit Gantang, Taiping, Perak, Malaysia
Jarak Kayuhan : ± 40 Km
Jamboree ke 2 bagi aku dalam tahun ini (kini aku semakin mengurangkan penyertaan dalam mana-mana Jamboree). Seramai 17 orang Team Jitra berdaftar di bawah ‘Gerek Baru Jitra’. Aku dipertanggungjawap menguruskan soal pendaftaran dan pengambilan goodies, manakala Din KBS menguruskan soal penginapan.
Team kami menginap di homestay di Taman Damai, Simpang, Taiping yang harga dan layanan yang amat memuaskan sekali.
Seramai 923 orang berdaftar untuk Jamboree ini dan yang hadir ±700 orang. Secara keseluruhannya aku berpuashati dengan penganjuran ini dan syabas diucapkan kepada penganjur. Buat lagi, Insyaalah aku akan terus support ..( kalau trek yang lebih mengancam lagi best)
Goodies
Kaunter mengambil goodies dibuka pada hari Sabtu 2hb Jun 2012 dari jam 10.00 pagi sehingga 12.00 malam di Pejabat Penghulu Bukit Gantang. Aku tiba pada jam 4.00 petang dan melihat dahulu perjalanan pengambilan goodies. Ianya teratur dan berjalan dengan lancar. Jam 6.00pm baru aku mengambil goodies team. Dengan fee sebanyak RM50.00 berbaloi gak. Dapat jersi, medal (fuhhh … dapat awai sebelum bertanding), plet(aku No. 96) dawai pengikat, sijil penyertaan dan ianya diisi dalam beg kuning. (OK ler tuuu) Insuran pun cover sekali. Cuma jersi tu sedikit masalah, chop dibelakang mudah luntur. .
Kemudahan yang memuaskan ada masjid berdekatan dan kawasan letak kereta.
Trek
Perghhhh .. aku cukup teruja dengan trek ini. Trek memang menarik dan cantik. Melalui semua bentuk rupabumi. Ada Dusun, ada ladang getah, kelapa sawit, sungai dan lagi lah. Killer DH dan Killer Climb .. itulah yang terpacul dari mulut beberapa orang rider.
9km pertama kayuh onroad (alamak penat wehhhh ..aku pakai tayar ‘stick –E’ ) kemudian memasuki offroad barulah ‘adventure’nya bermula. Aku rasa ada 4 buah bukit kena ragaih naik dan ‘reward’nya downhill yang best. Aku lihat ramai gak rider yang jatuh di sini. Bila aku ke rumah adik aku di Batu Kurau, baru sedar yang fork aku udah bocor.. ini dek hantam drop dan laluan berbatu yang aku balun semacam jer.
Terdapat 6 check point dan alhamdulillah aku berjaya menamatkan kesemua CP tersebut. Tiada ‘tekanan’ dalam kayuhanku, enjoy pemandangan dan trailnya sambil menemani rakan yang ‘demam’.
Makanan & Minuman
Terdapat 4 Feeding Point , pada FP1 disediakan minuman dan roti (lepas makan ‘sengkak’ perut). Di FP3 disediakan 100 plus dan epal. Pendeknya minuman memadai di sini. Cuma kalau disediakan pisang pada CP1 mungkin lebih baik (heh ..heh ..).
Hadiah & Cabutan Bertuah
Tidak sempat menikmati makan tengahari kerana habis sahaja kayuhan aku bergegas salin baju untuk ke kenduri kahwin sepupuku di Kuala Kangsar pula. Aku rasa nasib(tuah) masih tak menyebelahi aku kerana sunyi sepi jer orang yang tolong pegang no. plet aku.
Layan gambar dibawah - Lagi gambar di FACEBOOK
Masa ambik Goodies: dari kiri Jamil, Apie dan Tok Misai
Permulaan
7.30 dah jaklan … Medic & Rider Sojar
FP 1
Bersama Pak Sheikh dari Penang. Hanya kenai di alam siber jer ….
Cikgu Peson .. DH lajuuuuuu
CP2
FP2
CP3
Aku terjun berkali-kali tang ni .. syok main air
FP3: dari kiri Md. Noor, Din KBS, Hashim, Pudin, Nasrun dan Cikgu Pison
CP4
FP4
CP5
CP6
No comments:
Post a Comment