Tempat : Kampung Sempeneh Chempaka, Batu Kurau, Perak, Malaysia
Coordinate: N4 55.181 E100 49.589
Selepas Jamboree Bukit Gantang aku ke rumah adik iparku di Batu Kurau. Rumahnya di Kampung Sempeneh Chempaka ±7 km dari Pekan Batu Kurau. Sebuah perkampungan traditional yang daerahnya amat terkenal dengan DURIAN. Pemandangan kampung yang indah lagi mendamaikan, suasananya yang tenteram dan nyaman. Penduduknya cukup ramah lagi mesra. Dari pengamatanku penduduknya sudah lama bermastautin di sini dan dimaklumkan bahawa Batu Kurau sudah diteroka sejak tahun 1850an. Penduduk asal terdiri daripada orang Melayu yang mempunyai pertalian darah dengan penduduk wilayah Pattani, Selatan Thai. Sebab itulah anak-anak saudaraku dok bercakap pelat( ‘dalam’ )Petani.
Kebetulan aku bawa basikal lalu peluang mengayuh ke kawasan dusun durian milik keluarga birasku. Kawasan dusun mula dibersihkan untuk musim durian yang bakal tiba, Insyaalah dalam sebulan lagi. (kini tengah dok ‘buang buruk’). Aku menelusuri laluan simen hingga ke kolam tadahan air untuk projek bekalan air terawat penduduk kampung. Ada banyak laluan single trek yang menarik yang boleh dicuba. Insyaallah aku akan datang lagi bagi menikmati keenakkan duriannya disamping menjamah laluan yang aku kenalpasti(kalau sempat la).
Beberapa rumah lama yang berusia ± 100 tahun
Masjid lama: Masid Ar Rasyidiah, Kg. Sempeneh Chempaka.
Dusun durian yang mula dibersihkan ..tak lambat dahhh durian nak luruh
melintasi jambatan di Laluan simen. Pada musim hujan baru-baru ini, air naik hingga melimpahi jambatan ini. Air yang deras yang membawa bersama pokok balak yang tumbang.
Cantik: Ada banyak dangau sebegini …
Sungai yang sejuk lagi jernih airnya. Aku sekarang ni memang teruja kalau jumpa sungai yang sebegini
Ada privacy: Boleh memancing/menjala ikan tengas. Selalu kami berkelah sambil menikmati makanan tengahari disini. Kalau kat tempat perkelahan di Sungai sempeneh nu ramai pengunjung.
No comments:
Post a Comment