Tuesday, June 19, 2012

Trek Hosba: Penat & Nikmat, Sakit Disengat

 

IMG_1106

Tarikh : 17 Jun 2012 (Ahad)
Mula : 07.30 Pagi
Lokasi: Trek Hosba, Kg. Alor Janggus, Mukim Hosba, Jitra, Kedah 
Jarak Kayuhan : ± 15.5 Km

Kayuhanan yang dikenali ‘Sweat First Smile Later’ . Ianya di anjurkan oleh saudara Md. Nasron aka Lontruth dan berjaya menghimpun seramai 54 orang rider dari Perlis, Kedah dan Penang. Walaupun jaraknya cuma 15.5km sahaja tapi seperti namanya dengan kepelbagaian rupabumi pasti tenaga perlu dikerah, adrenalin yang meningkat yang memerlukan tumpuan, rintangan dan halangan ditempuhi, ramai jugak yang tersenyum girang selepas kayuhan ini tanda puas. Pada yang pertama kali ke sini mungkin  banyak benda yang telah dan perlu dipelajari. Trek Hosba adalah ‘trek teknikal’. Mengayuh di sini memerlukan semangat yang kental, keyakinan,  teknik yang betul dan ‘alat’ yang sesuai. Trek Hosba tidaklah teruk mendaki kerana tiada bukit yang tinggi. Penurunan tidak terlalu curam, sedikit landai tetapi ada lojakan.

Satu cabaran baru apabila beberapa rider telah disengat dengan penyengat, bahkan aku 6 kali disengat dibeberapa lokasi sepanjang trek.  Mungkin lebih dari sebulan kami tidak ke sini menyebabkan ia bersarang di laluan dan ‘terkejut’ dengan kehadiran pada hari ini. INSYAALAH ada beberapa lokasi yang akan diterokai dan kami kategori dan namakan seperti di Trek Kiara.

Lagi gambar di FACEBOOK

Trek Hosba - Smile 1st

Puncak tertinggi cuma 121.1 meter sahaja - berdekatan pondok pada bukit pertama (klik untuk gambar lebih besar)

Elevation Hosba

IMG_1085

Penganjur sedang memberi taklimat

IMG_1090

Tudia belum apa-apa lagi dah pancat ..

IMG_1092

Doa dipimpin oleh Ustaz Raja dihimpit(diaminkan) oleh geng Penang

IMG_1097

Teruna dari Perlis

IMG_1101

Veyron mengepalai saf (fullsus)

IMG_1103

Najib – menciwi FS : 1st time di Hosba

IMG_1107

Pump Trek: perlu berhati-hati & jangan laju nanti kena lambung

IMG_1142

IMG_1155

IMG_1165

IMG_1166

Section akar .. kemahiran diuji disini, tiada momentum pasti akan jatuh

IMG_1172

Jazkun: sudah yakin, semakin teransang, makin berani

No comments:

Post a Comment