Thursday, June 28, 2012

Bike Park: Meningkat Keyakinan, Mengasah Kemahiran

IMG_0390

Tarikh : 26 Jun 2012 (Selasa)
Mula : 05.30 Petang
Lokasi: Bike Park, Jitra, Kedah  (Trek DDH 2011) 
Peserta : 10 Orang

Hari ini aku turut bersama dalam  satu kursus pendek teknik DH yang dikelolakan oleh saudara Mohd. Nasron Bin Mohd. Noor. Kursus diadakan di Trek lumba Darulaman Downhill dan juga tempat dimana Kursus Asas Mountainbiking dibuat tempohari. Seramai 10 orang menyertainya yang terdiri dari Team Cleats dari Alor Setar dan Team Perlis disamping Team Jitra. Team Cleat diketuai oleh The Boss Rizal manakala Perlis diwakili pula oleh D’Boss Fitri

Kursus singkat yang percuma untuk menghadapi  Jamboree. Peserta adalah dari mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia MTB jadi tidaklah susah memberi tunjuk ajar kerana mereka dapat menguasai dengan mudah teknik DH, cornering, pumptrek(untuk tackle akar) dan lain-lain lagi.

Walau apapun teknik diberikan namun yang penting adalah keyakinan diri. Dengan menyertai kursus ini peserta sudah dapat meningkatkan tahap keyakinan diri ditambah dapat mengasah  skill dengan betul.

Pada yang berminat untuk mendapat sedikit panduan dan tips mengenai DH bolehlah hubungi saurada Nasron di HP:012-584 6288

Unleash your potential

Lagi Gambar di Facebook

IMG_0368

Sessi taklimat & penerangan

IMG_0381

Sessi muhasabah

IMG_0382

Sessi praktikal

IMG_0423

Sessi BAHAYA .. terlalu laju, tak sempat ‘lean’

IMG_0428

Geng 3G …

IMG_0433

Wokayyy .. PASS , Ruzwann from Cleats berjaya melepasi drop

IMG_0451

Sessi Cornering

 

No comments:

Post a Comment