Wednesday, June 01, 2011

DDC 2011: Tirai Dibuka Acara Bermula

 

Tarikh: 29 Mei 2011

Alhamdulillah, setelah bertungkus lumus berusaha mewujudkan acara di kawasan utara, kini sudah boleh menarik nafas lega. Kejayaan acara ini adalah hasil dari komitmen pelbagai pihak terutama sahabat-sahabat yang amat memahami. Bantuan berupa benda(rasion), kewangan dan tenaga disumbangkan. Rider-rider(XC) sekitar utara dari Jitra(Gerek Baru & Redflag), Alor Setar(ASSBT) dan Perlis turut sama-sama membantu. Terima kasih kepada para Downhiller yang menyertainya.

6 dari 7 kategori dipertandingkan(tiada rider wanita). Seperti diduga team ASSBT dari Alor Setar berjaya mendominasi dalam kategori hardtail. Begitu juga dalam kategori Open/Sport, rider Kedah DH berjaya mendapat tempat pertama dan ketiga. Geng Penang mendominasi dalam kategori Master A dan Pengerusi Kedah DH saudara Nasrun aka Lontruth berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori Master B. Team Geja Matoba yang menghantar peserta teramai (terima kasih ) berjaya mengondol juara dalam kategori Junior dan tempat kedua dalam kategori Open/Sport. Untuk lihat keputusan penuh sila KLIK SINI

Acara yang ditunggu adalah dalam kategori Elite. Saingan sengit 5 penjuru dari 3 negara. Juara adalah dari Indonesia(Ditra) tempat kedua Malaysia(Adam Ahmed) dan ketiga Acheng. Tan Hong Chun yang menjadi pesaing sengit terpaksa mengalah apabila cranknya tercabut di pertengahan jalan.

Dengan kejayaan acara ini akan  menjadi satu titik permulaan kepada beberapa penganjuran dan klinik yang sedang dirancang oleh pihak Kedah DH bagi memantapkan lagi sukan ini.

INSYAALAH tahun hadapan jumpa lagi …

Untuk link ke OFFICIAL PAGE FOR KEDAH DOWNHILL CHALLENGE 2011

untuk melihat lebih gambar sila klik link dibawah

Sehari sebelum acara

Permulaannya

Acara Saringan

Final

Bersama Team Polygon Factory, Indonesia, Ditra(Juara) dan Micheal

Taklimat Marshall oleh Trek Master .. Zam dan Lontruth

Ken Poh ..pengalaman dalam motocross banyak membantunya

Doa dibaca pembuka acara – Pimpinan Ustaz Raja Al Hafiz

Kena jaga pendaftaran

Team BePro Kona/Ipoh – Ahmad Asri ..TQ ..kunjungan balas

Mat Choy dari Team Kedah DH .. tayar pancat semasa menghampir ke garisan penamat.. ditangga tercorot acara seeeding tetapi bangkit semula menjuarai kategori Open Sport

Izany(Team Kedah DH) – tempat ke 2 acara Sport

Saling membantu – kemalangan di Camel Hump Jump

2 kemalangan berlaku sepanjang acara

Tan Hong Chun – THC Racing/Polygon (Singapura) sentiasa mempamerkan aksi yang hebat lagi menarik – tetapi gagal kerana terkeluar crank

Adam Ahmed – Team Fakawi Banshee –Tempat ke 2 Kategori Elit

sentiasa menampilkan aksi menarik

Md. Nasron Sempat berada di ‘Hot Seat’ – namun Yamm berjaya memintas masanya

Ditra in action

Pemenang Kategori Master B

Kategori Hard Tail

Kategori Elite

Bersama Juara Elite

Mat Choy – sejak awal lagi berada di ‘Hot Seat’

No comments:

Post a Comment