Tarikh : 29/06/2011 = 27 Rejab 2011, Rabu- Hari cuti umum seluruh negara sempena Isra’ Mikraj.
Lokasi : Gunung Jerai
Rider : 18 Orang
Masa : 2 jam
Hari ini aku bukan mengayuh mendaki sebaliknya aku mendaki menaiki lori. Dari ketinggian 1,200 meter bermula dari The Regency Jerai, kami akan DH turun 8km ke Titi Hayun, Yan di kaki gunung Jerai.
8.00 pagi kami berhimpun dikedai makan simpang ke Pantai Murni, Yan, menanti kehadiran rakan-rakan. 8.30am berkumpul di kawasan rekreasi Hutan Lipur Titi Hayun sambil memuatkan basikal kami ke dalam lori untuk diangkut ke puncak Jerai. Jarak 17km ke kaki gunung dan 13km lagi mendaki menyebabkan mustahil untuk mengayuh mendaki. Apatah lagi basikal yang nak di bawa adalah basikal (DH, AMT dan Fullsus.)
Laluan menurun melalui Tangga Kenari Seribu Tahun(1342 anak tangga) yang dibina hasil inspirasi mantan MB Kedah TS Sanusi Junid dalam tahun 1996 lalu. Laluan yang sungguh mencabar. Kecerunan adakalanya sehingga 45°, akar-akar pokok melintangi laluan, batu-batu yang terbungkin dan pokok-pokok renek yang mengadang laluan.
Benar sekalilah kata-kata editor Redflag ‘ Guts 1st Skill Later’. Kalaulah tanpa keberanian dan kecekalan pastinya aku akan habiskan Quality Time ini dengan tuntun jer. Berkata jua guruku .. terjah sahaja rintangan didepan, lepastu biarkan basikal yang buat kerjanya. Memang permulaan agak gerun, tapi selepas dah terpaksa maka secara tak langsung skill diperolehi. Apa yang meletihkan(Aduhh), apabila terpaksa tuntun basikal turun di Tangga Kenari hampir 1km. Yang lain .. TERBAIKKKKKKK
Lagi gambar di FACEBOOK
Basikal di angkut ke atas ngan lori la
Tuan beskal naik van
Kapten Jamal yang mahir kendali urusan persiapan tempat dan Geng Kedah DH
Posing dulu – sambil dengar taklimat dari Nasrul
Man BAnk Rakyat dengan Proton
Amri dengan Giant Reign X – tarak masalah la camni
Cikgu dok bagi markah ni
CP1
Aduihhhh
Geng Kedah DH ,,laluan cam ni celah gigi jer
Yus dengan Mangoose
Sham Mangoose lalu celah akar tua
Tester dari MDHA – saudara Ikram
Zamir – menanti saingan
Ane – kayuh hardtail jer
CP2
Tuuuu .. lihat akaq dok berselerat tu..
Titi Hayun – sudah usang
12.30pm sampai Titi Hayun
Mandi dulu – segarkan badan
No comments:
Post a Comment