Tarikh: Sabtu – 11 June 2011
Mula: 7.45pg - D’Pallas Bike Shop, Taman Suria, Jitra
Rider: 8 Orang
Tiada berita, tiada hebahan yang dilakukan. Hanya mengharapkan ‘kaki kayuh’ yang menjadikan Sabtu sebagai rutin mingguan. 7.30pagi hanya 8 orang tampil untuk melaksanakan rutin mingguan ini. Yang lain masih dalam mode bercuti dan ada yang masih ‘baloq’ untuk beraksi.
Nah ..apapun kayuhan kali ini ke Bukit Malau, trek permainan kami. Trek yang diteroka oleh saudara Nasrun aka Lontruth bersama team Redflag dan Adihariman bagi merealisasikan Kedah Jamboree 2009 dan menjadikan bukit ini Check Point 3. (oleh itu ia dikenali sebagai CP3). Walau pembangunan sudah menjengah dengan jalan-jalan mini tar dan batu ‘kasaran’ mula dibina, namun tidak ada rasa jemu menjamah trek ini. Trek yang sesuai untuk pelbagai peringkat dari beginner ke Expert. Ada laluan mudah dan ada yang mencabar ada jua laluan berteknikal yang menguji kemampuan dan kemahiran rider.. laluan asal yang berpecah kepada beberapa ranting laluan kecil pula.
Hari ini kami bermula dari Kedai Alias D’Palas, melalui kawasan ‘reban ayam’ mendaki bukit Malau .. memasuki laluan berteres tanaman getah, menuruni laluan berbatu dan seterusnya berpusing mengelilingi bukit untuk DH hingga ke laluan Talian Voltan Tinggi berhampiran Kilang DXN yang menjadi tempat kaki motorcross beraksi ..lalu mendaki pula Bukit Botak berhampiran Kampung Gajah Teriak.. DH memasuki kawasan sawah padi berhampiran Paya Pahlawan dan memasuki Kampung Pahana dan merentasi Ladang Kelapa Sawit milik Genting lalu keluar ke Kamunting berhampiran Pejabat Daerah Kubang Pasu lalu balik ke permulaannya. Segala bentuk rupa bumi dilalui, berbagai jenis tanaman di rentasi.
2 orang lagi mula beralih ke Fullsus .. hari ini ada dia membawa/menciwi BMW Enduro Bike. Tidak hairanlah segala lubang diharungnya, segala bukit yang berbatu pasti diterjahinya. Rasa seperti tidak cukup km kayuhan kali walaupun meter menunjukkan 40 km lebih.
BMWnya seberat 14.5 kg dengan fork Manitou Minute Platinum Air 140mm travel dan 5 in travel hadapan. Dilengkapi dengan SRAM X9 components dan Hayes Brakes.
Menuruni bukit dari ladang getah – memasuki laluan yang berakar – kemahiran diuji di sini
Awat lak ni ..tayar pancit ka?
Habis bukit digondolkan
Kena lalu kawasan semak
Sayup …
Naik Bukit Botak –
Kampung Palas di sana ..membelakangi sawah padi
Lintas sungai – masuk ladang kelapa sawit(kg . Pahana)
Jejambat berhampiran Pejabat Daerah
No comments:
Post a Comment