Kayuhan pelbagai lapisan usia - Junior hingga Senior
Tarikh: 18 June 2011, Rabu
Rider: 26 Orang
Hari ini bukan SHIMANO menjadi penaja, SRAM juga tidak teringin .. yang pasti penajanya adalah diri sendiri. Penganjurnya adalah Saudara Nasir, Penunjuk arah adalah Am dan sweepernya adalah Tandop. Kayuhan kali ini disertai oleh beberapa team dari Perlis, seperti Tunton, GB, V2 dan beberapa orang otai(Pak Non, Bro Them & Pak Bakar). Aku mewakili GB Jitra, membawa bersama 2 orang rider junor( Mat Carband dan Along Aiman)
Sementara menunggu beberapa rakan tiba, kami berpusing di dalam kampus UUM. Kayuhan agak lewat, jam 9.20am baru bermula. Agak lewat bergerak ni, banyak faktur akan mempengaruhi rentak kayuhan.
Laluannya adalah laluan UUM Challenge dahulu yang melalui kandang kambing, memasuki Bukit Risda, merentasi ladang getah, kelapa sawit dan hutan buluh dan seterusnya ke Sungai Kechik. Semasa kejohanan UMM Challange tempohari, beberapa orang rider mendapat kemalangan di sini. Hari inipun 2 orang terjatuh akibat mengelak dan melanggar lurah-lurah dalam akibat hakisan air.
LAGI Gambar di FACEBOOK KLIK
Laaa ..sahih baru mangkit tidoq .. dia sorang bawak RB
Gang Changloon .. Tandope, Am dan Azizul
Geng Hijau
Masuk UUM
9.20pg .. baru nak mula kayuh nih
Halangan pertama
Menanti rakan
Rintangan
Cabaran dan Kesabaran
Rilek sat
mencari Anak buluh betong: Nizam
Nasir bukan Tuntun
Laju DH …
Penunjuk jalan
Pernah ada sejarah di sini .. beberapa orang pernah jatuh disini ..harini pun sejarah berulang ..alhamdulillah ..tiada yang cedera
Puak2 PALAPES nak menchicken run
Bukit Terakhir
No comments:
Post a Comment