Thursday, July 05, 2012

Restoren Old Castle: Menikmati Juadah Ala Arab

IMG_0105

Lokasi : Batu 4, Anak Bukit, Alor Setar, Kedah Darul Aman    
Coordinate: N06 10.556  E 100 22.204

Satu lagi Restoren makanan Arab wujud di pekan Alor Setar (Kebetulan tidak jauh dari rumahku di Titi Gajah). Ia memberi pilihan kepada aku dan penduduk sekitar untuk menikmati juadah ala Arab ini.

Terletak di Batu 4, Jalan Anak Bukit, Alor Setar Kedah.  Untuk ke sana pengunjung boleh mengambil jalan Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dan boleh dikenali dari bentuknya yang unik lagi menarik seperti Castle. Ia terletak lebihkurang 500 meter sahaja dari Istana Anak Bukit.

Restoren ini mula dibuka pada 02 Julai 2012 dan diusaha/dimiliki oleh Tuan Haji Abdullah yang mempunyai rantaian Restoren makanan ala siam yang popular di Alor Setar iaitu  Nurha's Rest ( Jalan Langgar) dan Restoren Langkasuka (dekat pekan Simpang Kuala). Ianya dibuka dari jam 11.00 pagi hingga jam 11.30 malam. Restoren ini boleh menempatkan ± 150 pengunjung. Kawasan yang bersih dan lengkap dengan kemudahan asas seperti surau lelaki/wanita dan tandas. Pengunjung akan dihiburkan dengan alunan lagu-lagu Arab dan dilayan dengan pelayan bertarbus. Tetapi yang kurang menarik apabila ia hanya menyajikan makanan ala Arab sahaja (harap pemiliknya dapat mempelbagaikan juadah). Hidangan yang spesial disini ialah Nasi Mandi Ayam Piru dan Nasi Mandi Puyuh kot?

Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi  No. ini:-

  • 019-2124 487   - Haji Lah
  • 011-1243 9480 - Hassan

Catatan Restoran Makanan Arab Di Alor Setar:

IMG_0088

Mandi Ayam Piru mungkin ada kelainan

IMG_0089

IMG_0090

IMG_0098

Mandi kambing, Sedap ka? Sila datang untuk membuat penilaian

IMG_0103

Tempat makan ..duduk bersila

IMG_0087

IMG_0092

Hiasan dalaman yang menarik, bersih dan cantik

IMG_0097

Luaran dan kemudahan asas yang disediakan

Old Castle

2 comments:

  1. Salam..tq for d info. Bleh bg contact number restoren ni tk? (Kalau ada)






    ReplyDelete
  2. WAALAIKUMUSSALAM No. telefon ialah:- 019-2124 487 Haji Lah 011-1243 9480 Blog saya pun sudah diupdatekan

    ReplyDelete