Tarikh : 20 Julai 2012, Jumaat (sehari sebelum Ramadhan 1433H)
Lokasi : Kampung Sempeneh Chempaka, Batu Kurau, Perak, Malaysia
Coordinate: N4 55.181 E100 49.589
Batu Kurau merupakan sebuah kawasan pengeluaran durian yang terkenal. Duriannya memang sedap dan terkenal sehingga kisahnya pernah disiarkan dalam Majalah 3 dan 360
Pada tahun ini, pengeluaran buah duriannya bermula sejak Jun lalu dan akan berterusan sehingga bulan Ogos/September 2012. Semasa aku ke sini pada awal Jun lalu, durian baru dok ‘belajar luruh’, buahnya pada masa tersebut mahai laa (±RM5 sebiji). Sekarang buah tengah ‘jenoh’ harga pun dah turun(± RM2.00) dan dalam puasa rasanya harga akan turun lagi.
Aku berkesempatan mendekati salah seorang peraih yang agak terkenal di kampung Sempenah Chempaka iaitu Pak Yeh. Melihat bagaimana durian/manggis/pisang dan lain-lain hasil kampung dikumpulkan di halaman rumahnya dan diborong oleh peraih untuk dihantar ke Singapura. Khabarnya setiap hari lori berulang alik menghantar buah ke sana sebanyak ± 11 tan. Birasku memaklumkan bahawa pendapatan pekebun boleh mencapai antara RM5,000 – RM30,000 semusim(mungkin lebih lagi) bergantung kepada keluasan. Ada pekebun yang mengusahakan sendiri (mencari, memungut, mengangkut dan menjual) dan ada juga yang memawahnya dengan kadar samarata dengan pihak tertentu. Buah-buah yang dijual dikelaskan mengikut saiz dan keadaan(elok). Aku cuba mendapatkan maklumat tentang klon buah di sini, namun mereka pun tak pasti apa nama klon. Dari semakan aku ada beberapa klon yang pernah didaftarkan(Klik).
Walaupun pelbagai klon diperkenalkan, walau pelbagai nama yang ditonjolkan, namun durian Batu Kurau mempunyai keistimewaannya tersendiri. Duriannya adalah durian asli, durian kampung dan bukanlah klon hibrid. Rasanya yang sedap lemak manis, isi yang tebal bertekstur halus dengan warna kuning menarik (ada juga yang berwarna kuning air/lembut). Keistimewaan itulah yang menjadikan ia sebagai salah satu kawasan pengeluar durian terbaik di Malaysia.
Bermalamku di sini sebelum ke KL
Pak Yeh sedang menyemak akaun dan daftarnya. Dengan motor(dibelakang) beliau ke Kedah tempohari
Antara produk tempatan
Buah-buah dikelaskan dan diisi ke dalam raga sebelum dimuatkan ke atas lori
2 Pekebun/Penjual muda yang ‘menolak’ durian kepada Pak Yeh
Suasana pagi hari. Pekebun memungut hasil untuk dijual kepada peraih
Pada musim ini apabila memasuki kampung pasti terhidu aroma durian
No comments:
Post a Comment