Tarikh : 14 Julai 2012(Sabtu)
Mula : 07.30 Pagi
Lokasi: Tasik Darulaman Perdana, Bandar Amanjaya, Sungai Petani, Kedah
Jarak Kayuhan : ± 42 Km
Coordinate: N5 38.959 E100 32.867
Jamboree anjuran Kelab SAZA, SP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Ia berjaya menarik lebih dari 1,400 orang peserta dari seluruh Malaysia menyertainya. Ia adalah Jamboree ke 3 yang aku sertai dalam tahun ini. Team Jitra yang berdaftar di bawah Gerek Baru menghantar penyertaan seramai 17 orang.
Pada Jamboree ini aku mensasarkan untuk menamatkan kayuhan sebelum jam 10.15 am. Aku membawa Si ekor keras, Sang Morewood. Amat jarang aku membawa HT dalam mana-mana Jamboree atau offroad. Namun apakan daya harapanku hampa kerana takdir menentukan, rantai basikalku terputus pada km 15, keadaan ini menyebabkan aku terpaksa menukar rentak kayuhanku kepada santai sambil melayan dan menemani rakan dan sahabat pula. Jamboree ini juga mungkin adalah satu ‘penilaian’ku sebelum beraleh ‘genre’(??)
Secara keseluruhannya aku amat berpuashati dengan penganjuran ini. Ia antara yang terbaik pada tahun ini. Aku sendiri hadir ke surau/bilk gerakan dan melihat cara mereka bekerja. Cantik gaya pengurusan dan Team SAZA mendapat kerjasama yang baik disamping mempunyai azam yang kuat. SYABAS DAN TAHNIAH
Trek
Amat bersesuaian dengan slogan Jamboree iaitu ‘Santai & Mencabar’. Hampir 90% adalah offroad, 10% onroad. Bagi aku trek ini sesuai untuk pelbagai lapisan. Treknya cantik dan menarik ditambah dengan cuaca yang redup membuat kayuhan tidak meletihkan. Ada beberapa drop yang melalui kawasan anak sungai kecil. Cabaran DH dibukit Digi(116m) dan Bukit Pengsan dan Bukit Apollo(122m) . Beberapa rider jatuh semasa DH di sini akibat laluan licin dan juga batuannya yang longgar. Aku hampir sahaja melanggar rider yang jatuh dihadapanku, nasib baik pakai HT. Pendakian yang mencabar adalah di bukit Pengsan yang ketinggiannya ± 125m(Bukit yang tertinggi)
Terdapat 4 CP iaitu di permulaan, km11, km22 dan km36. Akses yang mudah, laluan sentiasa di pantau oleh pasukan bermotosikal dan marshall yang ramah dan tidak jemu-jemu menasihati akan bahaya dan risiko dihadapan.
Makanan & Minuman
Terdapat 2 Feeding Point , pada FP1 disediakan air mineral, pisang dan suntonic dan di FP2(CP4) minuman juga disediakan. Tiada rungutan dari rider mengenai minuman kerana aku melihat banyak air disediakan. Cuma makan tengahari, lauknya sudah habis awal. (kesian kat kawan aku tu). Aku difahamkan penganjur buat kenduri dan jemput semua makan. Itu suatu langkah yang baik tetapi sebaiknya ada petugas mengawal agihan lauk kerana ada yang ambik berlebihan.
Hadiah & Cabutan Bertuah
Aku bergegas pulang awal kerana ada sedikit hal. Dimaklumkan 3 orang sahabat dari Team kami berjaya memenangi cabutan bertuah(Alhamdulillah) dan Ustaz Raja memaklumkan bahawa no. plet aku juga bertuah, tapi …….
Layan gambar dibawah - Lagi gambar di FACEBOOK
Antara Yang berusaha dan menjayakan. Sebelum acara bermula. Persiapan ‘marking’ trek
CP1
Bukit Digi
CP2 @ KM11
Licin di sini
Ahhh.. rantaiku putus. Nasib baik Bang Ronn membantu
Melintas sungai
FD 1 @ KM22
Mad karan .. antara orang kuat Jamboree SAZA.
Bukit Pangsan.. mengagahi kudrat yang ada
CP3: menghela nafas lega, seketika
merenung azab di hadapan: 2km jer
Ini Ubatnya: Aku jadi medic & sweeper
CP4 @ FP 2 @KM36
Wow kagum …
Menuju penamat.. letih & sakit diserang mengkarung
sempat jugak amik gambar setiap laluan.... menarik...
ReplyDeleteMmm..dah dok terbelakang, kayuhan santai, masa yang banyak untuk bergambar. TQ
ReplyDelete