Tarikh : Sabtu, 05 Januari 2013
Mula/Akhir : 7.30am/3.30pm
Mula/Akhir : Kedai TM Bike, Tanah Merah, Jitra, Kedah Darulaman
Route : Jitra - Hosba - Chuping – PADANG BESAR - Kangar - Arau - Kodiang – Jitra
Jarak Kayuhan : ± 130 Km
Kehadiran: ±30 Orang
Coordinate:
Aku memulakan kayuhan tahun baru ini dengan menyertai acara yang dianjurkan oleh pihak Jitra Cycling Club (Jcyc). Kayuhan yang dikenali sebagai ‘Kayuhan Tahun Baru’. Sengaja mencabar diri dan menduga mental walau lama juga tidak mengayuh RB ni. Kayuhan disertai oleh beberapa team dari Sungai Petani, Kulim, Jitra, Alor Setar dan Perlis dengan disertai lebih dari 30 orang peserta.
Fasa 1: JITRA – Hosba – Chuping – PADANG BESAR (Jarak ± 60km)
Jam 7.30 pagi, sdr Zalmi mengalu-aukan kehadiran peserta dan memberi sedikit taklimat laluan dan disusuli dengan doa yang dipimpin oleh Ustaz Raja. Kemudian menuju ke kedai Nashmir untuk bersarapan. Jam 8.20 pagi barulah kami memulakan kayuhan tidak melalui lebuhraya tetapi memintas ke jalan Kg. Gelong, melewati trek Hosba dan berhenti di simpang Kg. Baru ( Lebuhraya Changlun – Kuala Perlis) untuk bergabung dengan team TRM dan beberapa peserta sekitar Perlis.
Laluan sekitar Chuping sangat menarik dan nyaman. Terkenal sebagai kawasan paling panas/terik di Malaysia namun cuaca awal pagi masih menyegarkan ditambah dengan pemandangan yang cantik lagi menarik, tentunya tidak melemahkan semangat rider. Kami tiba di Padang Besar lebihkurang jam 10.30 pagi. Lantas berihat direstoran mamak melepas lelah, melapik perut.
FASA 2: PADANG BESAR – Kangar – Arau – JITRA (Jarak ± 70km)
Jam 11.45 pagi kami memulakan kayuhan. Pada fasa ini barulah cabaran sebenar dirasai terutama pada 20 km terakhir (selepas melewati pekan Arau). Dengan terik matahari sambil melawan ‘angin timur’, aku tekap meneruskan kayuhan. Tidak hanya melawan faktur alam, faktur diri terpaksa ditentangi, mental dikuatkan, kudrat digagahi. Bekalan air tidak mencukupi jadi hampir semua gerai menjual ayaq nyok kami berhenti termasuk di masjid Kampung Imam buat melepas lelah, merehat diri. AKHIRNYA pada jam 3.30 petang aku sampai ke tempat berkumpul.
Geng Kubang Pasu
Ustaz Raja memimpin doa memohon berkat & selamat
‘Menyorok’ ruti dulu ..
lancar bergaya
Bergabung ngan geng Shah (naik MTB jer tu) & TRM
Mashall & Sweeper
Menikmati ayiaq tebu di gerai ayiaq Nyok berdekatan Padang Sera
Alhamdulillah ..selamat
No comments:
Post a Comment