Tuesday, January 29, 2013

Bukit Payung: Retrospeksi Di Puncak Indah

P1260428

Tarikh  :  26 Januari 2013
Jarak   :  ± 29 km
Peserta:  7 orang  (Mehat, Megat, Pudin, Helmi, Ming, Che E dan Ah Chiau)
Coordinate: N6° 17.057 E100° 28.564 (di Puncak)

Sudah lama aku mengidam untuk menjejaki puncak bukit ini. Ia merupakan puncak tertinggi dalam gugusan Hutan Bukit Payung. Kalau dahulu aku hanya mendaki hingga ke pertengahan jalan akibat laluan yang dihadangi dengan balak dan pokok tumbang disamping laluan yang tidak sempurna. Kini bukit ini sudah ‘diterangi’. Dari kejauhan sudah dapat melihat kelibatnya, kepingin benar untuk mendaki sambil menanti ‘ketika’ dan rakan yang sesuai bagi menjejaki semula laluan ini. Peluangku terbuka apabila melihat Bang Ya dan team Redflag yang aktif menjejaki semula laluan sekitar kawasan ini. Maka hari ini beserta 6 orang pengayuh yang ‘tabah dan tegar ‘mendera diri’ untuk mencari kepuasan dengan menghala ke situ.

Kami memulakan kayuhan pada jam 8.00 pagi dari Kedai Makan Kak Ani di PJ2, Jitra. Mengambil laluan Trek CP3 dengan melewati ‘reban ayam’ sebelum memintas ke kanan setelah melewati kawasan berpagar (± 400meter). Laluan yang agak cerah tetapi berbatu, sesetengah tempat aku terpaksa menolak naik. Aku hanya mendaki hingga ke pondok di ketinggian 403km dan puncak tertinggi iaitu Bukit Payung berada pada ketinggian 431m.

Dari bukit ini dapat melihat jelas pekan Kodiang, Tunjang, Jitra, Alor Setar, Malau, Paya Pahlawan dan kawasan sekitarnya. Dari atas aku mengamati dan mengingati semula laluan-laluan yang pernah kami jelajahi dahulu. Ada banyak lagi pecahan laluan keluar seperti ke Charok Langsat, Kg. Padang Panjang, CP2, trek balak(dahulu), Kota Mengkuang, Kelubi dan lain-lain lagi.

Selepas berehat dan menghayati panorama, maka ‘reward’ ialah penurunan (DH) yang panjang (±4.5km hingga ke jalan raya) tetapi perlu berhati-hati kerana batuan longgar.

Sesungguhnya kayuhan ini memang menarik kerana dapat menikmati panorama indah sekitar kawasan Jitra sambil mengimbau kembali jejak-jejak lama. Terima Kasih kepada sahabat dari ReDfLag kerana menjemputku menyertai kayuhan ini. Insyaalah akan kita sama-sama memartabatkan trek sekitar Jitra ini.

Trek bkt payung

peta lokasi dan jejak-jejak lama

P1260372

P1260378-horz

P1260386

rehat mengambil nafas mengumpul tenaga

P1260399

7 pengayuh membelakangi Tunjang

P1260405

P1260415-horz

P1260419

Dari Kiri: M. Ming, .., Pudin, Megat, Che E, Mihat dan Helmi

P1260425

P1260427-horz

Hiayahhh!

P1260440

Seat post Scandium pun patah

P1260430-horz

DH yang menerujakan

No comments:

Post a Comment