Tarikh : 25 Januari 2013
Lokasi : Tanjung Pao, Satun, Thailand
Coordinate: N6° 35.433 E99° 56.929
Minggu lepas di Satun, minggu ni pi lagi.. Mungkin tiada aktiviti pada hari ini, spontan aku mengajak keluargaku ke Setoi untuk mencari lokasi ketam rebus seperti yang dimaklumkan oleh sahabatku tempohari. Berpandukan ‘garmin’ aku bertolak dari Alor Setar pada jam ±11.00 pagi. Berhenti untuk solat jumaat di Masjid Nurul Ehsan ± 10km dari sempadan. Selesai sembahyang aku singgah di rumah seorang petani berdekatan masjid itu melihat projek pertanian dan ternakan ikan/itik secara integrasi. Kagum dengan ketabahan beliau untuk mengerjakan projek dengan bimbingan kerajaan(???) di tanahnya yang luas hampir 15 relong. Beliau juga menyediakan homestay untuk pengunjung.
Sampai di pekan Setoi, aku membiarkan GPS memandu arah laluan ke Tanjung Pao hingga ke sebuah warung/kedai iaitu ‘Tanjung Seafood’. Warung ini kepunyaan Bang Man (Othman) dan lebih mesra dikenali dengan ‘Pak Tam’. Keistimewaan warung ini ialah pada pada masakan lautnya dan yang menariknya ketamnya adalah segar (dicedok dari tempat khas). Perghhh puashati dengan makanan di sini. Sempat berbual dengan Pak Tam Man, beliau memaklumkan bahawa adiknya berkahwin dengan orang Kuala Jerlun, Kedah dan asal keturunannya dari Ayer Hitam, Kedah. Wahh ada hubungan nasab pa dengan aku, hingga beliau nak bawa aku berjumpa dengan waris yang masih hidup, namun aku terpaksa memohon maaf untuk mengundur diri kerana perlu pulang sebelum pemeriksaan imigresen ditutup pada jam 7.00 malam.
Untuk tempahan bolehlah hubungi beliau di No. 084-1895 542 atau 087-4751 323
Tanjung Pao (Pauh) terletak ±20km dari Pekan satun. Ia terletak dihujung tanjung dan mengadap lautan lepas(laut Andaman) jadi tidak hairanlah ia terkenal dengan hasil tangkapan laut. Masyarakat di sini kebanyakkan adalah orang melayu dan mereka boleh bertutur bahasa melayu.
Agro tourism petani di Satun
Tanjung Seafood
Yummy
Bersama Bang Man yang ada tali persaudaraan denganku(mungkin)
teliuq
ReplyDelete