Friday, January 04, 2013

Olympus Tough TG-1: Kamera Lasak Untuk Aktiviti Outdoor

My_TG1_

Tarikh : 28 Disember 2012

Kamera adalah sebahagian dari hobiku. Ia sentiasa tersisip dipinggangku dan dibawa ke mana sahaja aku pergi. Memandangkan aku menggemari aktiviti lasak maka kamera yang sesuai dengan situasi ini perlu dicari.

Kebetulan kamera Canon S100 ku terjatuh dan mengalami masalah lensa. Semasa ke Hadyai/Songkla tempohari aku terpaksa menggunakan DSLR EOS 60. Terasa sukar mengendalikan kamera besar terutama dalam keadaan tertentu dan semestinya kerosakan kameraku ini membuat aku terasa sangat kehilangannya,

Hari ini terpaksa mencari pengganti dan pilihanku adalah Olympus Tough TG-1. Pemilihanku kerana kamera ini adalah Kamera ‘Tough’ dan mempunyai beberapa ciri yang menarik seperti:-

  • Dilengkapi dengan high-speed f2.0 lens (Ciri-ciri yang dicari sama seperti Canon S100)
  • Shock-proof 2m (Canon S100 ku sudah berkali-kali jatuh )
  • Water proof sehingga 12 meter kedalaman air (Canon S95 ku rosak kerana tenggelam)
  • Freeze Proof sehingga ke -10°C (EOS 400D pernah gagal berfungsi semasa di Turki)
  • Crush Proof sehingga 100kgf
  • Dust-proof
  • Build-in GPS (Using new A-GPS technology, satellite acquisition speed is significantly improved for location-tagged imaging)
  • Quick start-up (It takes only 0.9 seconds to power on and take a shot).

666-olympus_tough_tg-1_top_1340870430

Lain-Lain fitur

12 Megapixel backlit CMOS sensor
4x optical zoom f/2.0 lens (35mm equiv: 25-100mm)
Dual Image Stabilisation
3.0 inch 610,000 dot OLED screen
1080p Full HD Movie and HDMI Control
ISO 100-6400
1cm minimum focusing distance_MG_3422
HDR Backlight Adjustment
In-Camera Panorama
TruePic VI image processor
iHS Technology
Low Light Mode
Super Sports Mode
Super Macro Mode
Multi-motion Movie IS
Magic Filter Movie and/or Stills
HDR Backlight Adjustment
Advanced iAuto and AF Tracking
Face Detection and Advanced SAT
Super-resolution Zoom
3D Photo Shooting Mode
Beauty Make-up Mode
Pet Detection Mode
Tap Control
Manometer
LED Illuminator

1350

No comments:

Post a Comment