Tarikh : 12 Januari 2013
Lokasi : No. 19, Jalan PJ3, Pekan Jitra 3, 06000 Jitra, Kedah Darulaman.
Coordinate: N06° 15.697 E100° 25.057
Fenomena makanan Arab mula menular ke kawasan utara. Kini sebuah lagi Restoran makanan ala Arab dibuka di Jitra. Diberi nama Jannatul Hadramawt. Terletak di kawasan perniagaan berdekatan dengan Pasaraya Anika. Berada dihujung sekali, sebaris dengan kedai Pusat Pakaian Hari-Hari
Restoran ini mula dibuka pada 24 Disember 2012 lalu. Dimiliki oleh anak Jitra tempatan iaitu Ustaz Shahril Bin Azmi (bekas guru). Menyediakan makanan Arab ala Yaman (ketua Chefnya dibawa khas dari Yaman). Spesialitinya adalah kebab ayam/kambing yang agak unik disamping Mandhi kambing/Ayam, Syaksukah, Ukhdah, Sandwich, Kacang Ful dan lain-lain lagi. Restoran ini dibuka dari jam 11.30 pagi – 10.30 malam (Isnin – Sabtu) manakala hari Jumaat dibuka dari jam 3.00 petang – 10.30 malam.
Restoran ini pasti menjadi salah satu pilihan keluargaku apabila ingin menikmati juadah ala Arab kerana lokasi yang berdekatan dan rasanya serasi dengan selera kami sekeluarga
Sebarang tempahan/pertanyaan sila hubungi ustaz Sharil di 019-475 6657
CATATAN Restoran Makanan Arab yang Lain (Sila KLIK Link)
Bersama Pengurus/pemilik Ustaz Sharil
Mandhi kambing yang sedarppp
Kebab daging
Syaksukah
No comments:
Post a Comment